Masjid Di Ampang Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Dkwaan Peruntuk Ruang VIP Pada Saf Hadapan

TuIar baru-baru ini apabila seorang warganet yang hadir ke semua masjid di Ampang ini mempersoalkan di media sosial mengenai tujuan memperuntukkan ruang VIP pada saf hadapan masjid ini yang sekaligus mengurangkan peluang mereka yang hadir ke masjid untuk berada di saf hadapan.

Isu menjadi lebih panas apabila dimaklumkan warganet berkenaan hadir awal ke masjid namun diminta untuk beralih setelah berada di saf hadapan dalam memberi ruang kepada VIP yang bakal hadir di masjid berkenaan.

Isu yang menjadi perbincangan ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian masjid berkenaan di mana Masjid Al-Mustaqim, Ampang menerusi perk0ngsian di Facebook tampil menjelaskan perkara sebenar.

Difahamkan masjid berkenaan sememangnya memperuntukkan saf hadapan masjid buat tiga orang imam, dua orang bilal dan seorang VIP yang merupakan penceramah pada sempena solat Jumaat pada minggu berkenaan.

Membincangkan isu ruang yang masih lagi kosong pada jam 1.19 petang, pihak masjid memaklumkan terdapat ahli AJK masjid yang terdiri daripada imam dan bilal bertugas bagi menjaga pagar utama dan menyusun kedudukan saf jemaah.

Pihak masjid turut memaklumkan sekiranya AJK berkenaan gagal berada di ruang saf hadapan selepas azan pertama maka ruang tersebut akan dibuka kepada orang ramai.

Penjelasan yang dibuat Masjid Al-Mustaqim, Ampang sekaligus berjaya menerangkan kepada para warganet mengenai isu yang berlaku. Walau bagaimanapun, para warganet nampaknya mempunyai perbezaan pendapat mengenai isu saf hadapan yang diperuntukkan pada masjid ini.

Menerusi penjelasan yang dibuat, diharap isu ini tidak lagi menimbulkan sebarang f!tnah kepada mana-mana pihak. Orang ramai dinasihatkan untuk tiba awal ke masjid bagi mendapatkan saf hadapan khususnya sewaktu solat Jumaat manakala penjelasan yang jelas mungkin antara yang perlu dibuat bagi pihak masjid kepada individu berkenaan agar isu seperti ini tidak lagi berulang. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: The V0cket, Facebook Masjid Al-Mustaqim Ampang 

Be the first to comment on "Masjid Di Ampang Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Dkwaan Peruntuk Ruang VIP Pada Saf Hadapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*