Lepas masuk IC U, Abang Siti Sarah akhirnya ditidurkan

KUALA LUMPUR: Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat p0sitif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (IC.U) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, boleh membolehkan paru-parunya berehat.

Perkara itu diumumkan pelawak, Shuib Sepahtu di Instagram (IG), awal pagi tadi.

“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.

“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.

Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad berkata, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.

“Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.

“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.

Isteri positif

Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada j4ngkitan vi.rus berkenaan.

Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dij4ngkiti vir.us C0VID-19.

Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.

Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.

Penyanyi popular itu menghe.mbuskan n4fas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikeb.umikan di Tanah Perku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.

Kematian yang menyatukan insan

Rakyat di seluruh negara diselubungi duka apabila masing-masing menyatakan rasa sedih dan pilu atas kematian Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia semalam, selepas 65 jam bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Siti Sarah, 36, meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 3 Ogos lalu.

Allahyarham dijangkiti virus berbahaya itu pada 25 Julai lepas selepas pembantu rumahnya menghidap wabak tersebut.

Lebih meruntunkan hati orang ramai apabila suami Allahyarham, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi detik sedih ketika membuat panggilan video ketika Siti Sarah sedang nazak di unit rawatan rapi (ICU) beberapa jam sebelum kematiannya.

Pasukan perubatan memakai PPE ketika mengangkat keranda mengandungi jenazah Siti Sarah di PPUKM, Kuala Lumpur semalam.
“Air mata berlinangan di pi­pinya seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengan­nya. Kami empat beranak melihat sendiri air mata mengalir di pipi Allahyarham ketika panggilan video itu.

“Saya terus ke hospital selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam tadi (kelmarin) secara maya tetapi tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya ketika ditemui.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Su­ngai Pusu, Gombak selepas Zuhur.

Shuib turut mengenakan pe­ralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengiringi perjalanan akhir isterinya selain membantu urusan pengebumian.

Orang ramai melihat van jenazah yang membawa jasad Siti Sarah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu, Gombak semalam.
Ramai rakan artis turut hadir pada majlis itu termasuk Rahim Sepahtu, Ali Puteh, Datuk Adi Putra dan Rebecca Nur Islam.

Menurut Shuib, biarpun ha­tinya merasa berat, dia tetap reda kerana apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.

Tambahnya, dia berjanji akan menjaga empat orang anak mereka, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan Jumaat lalu secara pembedahan ketika arwah koma.

“Melihatkan kepada keadaan sebelum dan ketika kematian dia, saya tertanya-tanya apakah kebaikan yang telah dia lakukan kerana begitu ramai meratapi kehilangannya dan cemburu dengan cara pemergian arwah,” katanya.

Shuib bertafakur dan membaca doa di sisi kubur Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam.
Ujar Shuib, dia menerima ba­nyak mesej dan video yang me­nganjurkan bacaan Yasin dan doa selamat untuk Allahyarham sejak isterinya dimasukkan ke ICU.

Kata bekas penyampai radio itu lagi, ramai ingin mengambil tahu mengenai perkembangan arwah isterinya selepas ditidurkan dan pembedahan untuk mengeluarkan bayi.

“Saya tertanya-tanya apa kebaikan dia lakukan hingga mendapat kelebihan ini.

“Sebenarnya saya sudah reda seandainya isteri saya dijemput Ilahi ketika dia kritikal pada Jumaat lalu, namun Allah beri arwah sedikit masa lagi untuk hidup,” katanya.

Tambahnya, arwah pernah cakap yang dia mahu meninggal pada hari Jumaat kerana mendapatkan khusnul khatimah dan terlepas siksa kubur.

Sementara itu, dalam satu sia­ran langsung, Shuib memberitahu, isterinya tidak sempat divaksin sebelum dijangkiti Covid-19.

Shuib termenung selepas mengebumikan Siti Sarah semalam.
“Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Covid-19 itu benar. Jangan nak berlagak sebab belum kena belum tahu.

“Kalau boleh ambillah vaksin,” katanya.

Tambahnya, tiga anaknya te­rus meraung sebaik dimaklumkan mengenai kematian ibu mereka.

“Ketika sampai di rumah, saya cuba mengelak untuk membe­ritahu mereka. Selepas mandi yang begitu lama, ibu mertua menghubungi saya supaya segera memberitahu mereka.

“Selepas dimaklumkan, ketiga-tiga anak saya menangis dan meraung,” katanya yang turut sebak dalam siaran langsung itu.

Sumber: kosmo

Be the first to comment on "Lepas masuk IC U, Abang Siti Sarah akhirnya ditidurkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*