Ustaz Ini Bongkar Kebaikan Apa Lagi Yang Siti Sarah Buat Sebelum Ini

Media sosial kini masih lagi dipenuhi dengan video-video dan juga kisah pemergian penyanyi wanita terkenal iaitu Siti Sarah Rassuddin semenjak isnin lalu.

Dan kebaikkan – kebaikkan yang pernah dilakukan oleh arwah mula terdedah satu demi satu. Membuatkan kem4tiannya sangat dimuliakan dan ditangisi oleh seluruh yang mengenalinya.

Mungkin membuat ramai tertanya-tanya kenapa sampai begitu ramai yang menangisi dan terkesan dengan pemergiannya bagaikan keluarga sendiri.

Seorang ustaz mula berkongsi cerita mengenai Siti Sarah dan Kopiah.

Dimana kopiah yang disedekahkan oleh Sarah dan Shuib dipakai oleh semua Imam dan Bilal di Masjid Ar Rahah. Bayangkan setiap amal ibadat yang dilakukan oleh mereka semua dengan memakai kopiah tersebut bagaikan air yang mengalir pahala sampai kepada almarhumah.

Nampak seperti sedekah yang kecil tetapi pahalanya tidak tumpah seperti air yang mengalir. Selain itu turut berkongsi , ketika negara masih dalam PKP, Shuib sering bertanya khabar tentang bantuan yang boleh dihulurkan tatkala ramai yang terkesan disebabkan PKP.

Jika kita lihat, pemergian Siti Sarah ini mengajar kita bahawa berbuat baiklah kepada semua orang tanpa mengira siapa.

Teks by Staff Motif Viral

Kredit : Motif Viral

Terdahulu Ibu Tiri Allahyarham Siti Sarah Dedah Ini Yang Apa Arwah Minta Sebelum Dibawa ke Hospital

“Pada hari dia dibawa ke hospital, arwah minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Allahyarham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian.

“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

“Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ustaz Ini Bongkar Kebaikan Apa Lagi Yang Siti Sarah Buat Sebelum Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*