“Pagi Ni Bangun Badan Rasa…” Sudah 9 Hari Kuar4ntin, Nabila Huda Dedah Perkembangan Terkini

Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang telah disahkan positif Cov!d-19 ada berkongsi cerita perkembangan terkini dirinya bersama peminat.

Abil memaklumkan, dirinya sudah ada kembali deria rasa dan bau, namun masih belum pulih sepenuhnya.

Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur apabila keadaan dirinya kini sudah beransur pulih dan telah menunjukkan kesan positif.

Anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search itu sudah menjalani kuar4ntin hari yang ke-9, hari ini.

“Selamat pagi kawan-kawan..Just a lil update, hari ini adalah day 9 of quarantine. I’m gettin better and stronger! Pagi ni bangun badan rasa fresh..

“Abil dah boleh bau & rasa but not 100 percent yet la..But still..i am thankful ! Emosi pun dah kembali stabil. I boleh rasa kulit i dah kembali glowing.

“Ye lah bila kite sakit kan kulit kite macam kusam, lips macam leb4m ..ee i benci gila! Tu pun punca sbenarnya buat kite hilang semangat tau,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Pelakon Mun4fik ini turut memaklumkan, petugas kesihatan akan hadir ke kediamannya bagi melakukan ujian saringan sekali lagi.

“So today doctor akan datang rumah untuk buat swabtest me and husband.

“Walau apa pun terjadi i memang takkan langkah klua dari rumah ni untuk pergi anywhere. Cukup lah kite teran!ya sebab manusia yang tidak bertanggungjawap.

“Abil doakan korang semua di jauhi lah dari peny4kit jah4t ni..Amin! Ok korang, 1 more day to go! I can do this..,” tulisnya.

Sekadar informasi, Abil atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi telah disahkan positif Cov!d-19 pada 12 Mei lalu.

Foto: Instagram Nabila Huda

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Pagi Ni Bangun Badan Rasa…” Sudah 9 Hari Kuar4ntin, Nabila Huda Dedah Perkembangan Terkini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*