Makcik Ini Sambut 1 Syawal Bawah Tangga,Bila Di Tanya Mana Anak, Tapi Jawapan Makcik Ni Buat Pemuda Ini Seb4k

Sudah menjadi kelaziman buat kita semua untuk berkumpul dengan ahli keluarga dan sanak-saudara pada pagi 1 Syawal.

Bagaimanapun, seorang wanita Melayu meraikan hari mulia itu dalam keadaan serba daif apabila dia ditemui tidur di bawah tangga sebuah bangunan pada Khamis lalu.

Muhammad Rafiq Rahimi Mohd Radzif, 23, berkata dia pada waktu itu keluar untuk membeli barang sebelum terserempak dengan wanita berkenaan.

” Pagi raya tu kami sekeluarga dah siap bersalaman dan bermaafan. TIba-tiba mak minta saya keluar beli senduk.

” Saya pergi ke sebuah pasar raya Mydin di Melaka Sentral. Sewaktu nak keluar, saya ternampak makcik tu tidur sendirian di bawah tangga.

” Jadi saya balik ke rumah, maklumkan pada mak dan kami bungkus makanan sebelum saya pergi semula untuk bagi kepada makcik tu,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Afiq, dia ternyata seb4k mengenangkan nasib wanita itu yang sebatang kara dan meraikan Aidilfitiri dalam keadaan cukup hiba.

Namun katanya, dia lega melihat wanita itu tersenyum selepas dihulurkan juadah rendang, ketupat dan sambal udang yang dimasak sendiri oleh ibunya, Noridah Alwei yang kini berusia 51 tahun.

” Masa pertama kali saya tengok makcik tu, terus saya seb4k. Saya fikir pada pagi raya kita semua akan bersama keluarga, tapi makcik tu tidur bawah tangga.

” Automatik rasa kes1an. Sewaktu jumpa, sempatlah kami borak sekejap. Makcik tu kata dah lama dia hidup macam tu.

” Saya tanya anak dia, makcik tu cakap entahlah… kemudian dia tersenyum sahaja. Terus saya rasa lagi s3bak,” imbas anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Afiq, dia tidak berniat menunjuk-nunjuk apabila berkongsi video pertemuannya dengan wanita itu di laman sosial.

Sebaliknya, dia mahu memberi mesej mengenai amalan sedekah serta berharap agar nasib wanita itu terbela.

” Saya tak tunjuk muka makcik tu dalam video, saya sendiri pun pakai mask. Tiada niat nak menunjuk-nunjuk.

” Saya cuma nak tunjuk bahawa ada ramai orang susah di luar sana dan kita perlu rajin bersedekah. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Allah akan balas semula rezeki kita,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Afiq merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Automotif di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Melaka.

Pada masa sama, Afiq turut menjalankan perniagan produk kesihatan dan kecantikan untuk mencari sumber pendapatan sendiri.

Reaksi warganet. Kanan, Afiq bersama ibunya.

Reaksi warganet

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati dengan nasib menimpa makcik itu termasuk seorang individu yang mendedahkan beliau pernah bercakap dengan makcik terbabit.

” Ak pernah jumpa makcik tu, bercakap dengan dia pun pernah . sebab masa tu aku tunggu my parents habis bayar barang.

” Sambil2 tu aku duduk la kat tangga tu mula-mula tak perasan pun ada orang. Masa tu aku dengan kakak dan adik aku. Tak silap sebelum puasa lagi makcik tu ada kat situ, Allahu..” tulis Hann.

Manakala seorang lagi warganet berkata, makcik itu menjadikan tangga pasaraya Mydin di Melaka itu sebagai tempatnya berteduh.

” Orang Melaka tolong bantu makcik ni.. kalau kat selangor insyaallah kami pasti akan bantu mana yang boleh.. moga Allah kurniakan syurga utk siapa-siapa yang membantu makcik ni..” tulis Khairin.

Lihat vdeo di bawah:

Sumber:mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Makcik Ini Sambut 1 Syawal Bawah Tangga,Bila Di Tanya Mana Anak, Tapi Jawapan Makcik Ni Buat Pemuda Ini Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*