Selipar ‘Muslim Friendly’ Dikrit1k Hebat, Sehingga Neelofa Dikatakan Penungg4ng Agama?

Walaupun sudah selamat bernikah dengan jejaka pilihan pada 27 Mac 2021 iaitu 2 minggu lalu, nama selebriti sensasi iaitu Neelofa masih lagi hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial.

Selepas isu tidak menjaga SOP di majlis perkahwinan, merentas negeri ke langkawi, kini timbul pula isu selipar ‘muslim friendly’ yang dikatakan menungg4ng agama kerana penggunaan ayat tersebut.

Fipper x TheNoor by Neelofa – Fipper Slipper

Untuk pengetahuan anda, Neelofa telah berkolaborasi bersama sebuah jenama selipar terkenal iaitu Fipper dengan melancarkan selipar mesra muslim Exclusive Fipper X The Noor Neelofa Slip On Series dan dijual pada harga RM79.90 sepasang.

Nampaknya kolaborasi berkenaan menarik perhatian ramai terutamanya warganet yang turut memberikan pelbagai pendapat dari segi harga yang dikenakan, gaya dan sejauh manakah produk itu mesra muslim?

Ini antara pendapat-pendapat yang diutarakan oleh mereka :

Di dalam krit1kan-krit1kan yang dilontarkan, ada juga yang memahami mengapa selipar tersebut dipanggil mesra muslim, ini antara pendapat mereka :

Baca artikel berkaitan : Belajar Zikir Baharu Dengan Suami, Neelofa Nervous Sampai Tersalah Sebut Huruf Jawi

Hasil tinjauan kami, Fipper juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu muslim friendly yang menjadi perdebatan netizen, mereka menjelaskan bahawa selipar berkenaan sebenarnya sesuai untuk dipakai oleh muslimah yang memakai stokin kerana produk mereka sebelum ini kurang bersesuaian untuk diguna pakai oleh muslimah.

Kenyataan itu dimuat naik oleh pihak Fipper di laman sosial Instagram mereka.

Harap disebalik penjelasan ini, terungkai segala pertanyaan dan persoalan semua.

 

Sumber : Twitter & Instagram Fipper

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "Selipar ‘Muslim Friendly’ Dikrit1k Hebat, Sehingga Neelofa Dikatakan Penungg4ng Agama?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*