Gel4bah Tersangkut Helmet Macam Kna Rasvk, Abang Mampu T0long Gelak Je

Setelah sekian lama belajar dari rumah atau PdPR, para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akhirnya dibenarkan kembali semula ke sekolah pada minggu ini. Seperti kebiasaannya, ada sahaja ragam atau gelagat yang mencuit hati tular di laman sosial setiap kali tiba musim ‘back to school’.

Baru hari pertama sekolah dah buat hal…panik kepala tersangkut dalam helmet

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan gelagat lucu seorang pelajar sekolah yang berdepan masalah di rumahnya jadi tular di laman Twitter. Walaupun sudah tiba di rumah, namun hidupnya ‘tidak aman’ gara-gara panik kepala tersangkut dalam helmet pula selepas dijemput oleh abangnya.

Stress tak dapat cabut sampai hempuk kepala sendiri…abang pula mampu tolong gelak je

Walaupun sudah melakukan beberapa percubaan serta aksi struggle, namun topi keledar berwarna kelabu itu tetap gagal ditanggalkan. Gara-gara tertekan berada dalam situasi tersebut, gadis itu malah siap hempuk kepalanya sendiri. Paling mencuit hati, abangnya yang dikenali sebagai Faruq Amirul ini hanya mampu tergelak saja melihat ragam adik perempuannya itu.

Kesian adik macam kena rasuk…tapi fokus dekat design rumah, cantik sangat

Rata-rata netizen nyata sangat terhibur dengan reaksi cemas pelajar itu yang seolah-olah sedang ‘dirasuk’. Sambil memberikan cadangan untuk membuka helmet itu dengan berkesan, ada juga pihak yang sempat memuji dekorasi kediaman 2 beradik tersebut.

 

Sumber:Twitter MyrulFaruq

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:KLMENJERIT

Be the first to comment on "Gel4bah Tersangkut Helmet Macam Kna Rasvk, Abang Mampu T0long Gelak Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*