“Bukan Sahaja Tidak R3stu, Tapi Sang Ibu Tak Tahu” – Ibu Hannah Delisha

Umum mengetahui pelakon Hannah Delisha mengumumkan perkahwinannya bersama Imam Shah bulan lalu.

Namun, hang4t sejak kebelakangan ini apabila timbul dakwaan Hannah sebenarnya telah melangsungkan perkahwinannya sejak tahun lalu.

Bukan itu sahaja, ada juga spekulasi mengatakan ibu pelakon tersebut, Noor Ashikin Ahmad seolah-olah tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Menerusi entri di Instagram, Noor Ashikin berkongsi sambungan kisah dari Hikayat Antah Berantah beserta tanda pagar #IbuTidakRestu.

Dalam perkongsian itu, Noor Ashikin menyenaraikan beberapa soalan seperti sebab kenapa ibu tidak merestui pernikahan anak bersama pilihan hatinya, dan adakah ibu tahu yang anaknya sudah berkahwin.

“Apakah sebab, asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan sang anak dan pilihan anaknya itu?

“Adakah sang ibu dan keluarga terdekatnya tahu sang anak dan pasangannya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?” tulisnya.

Di akhir coretan, Noor Asyikin sekali lagi memberi bayangan si ibu bukan sahaja tidak restu, malah tidak tahu.

“Pedoman ini dibawa m4ti, walau p4hit ditelan hati, bukan sahaja tidak r3stu, tapi si ibu tidak tahu,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Meskipun Noor Asyikin tidak menulis dengan nyata siapakah individu yang dimaksudkan atau disamakan dengan kisah dalam hikayat itu, namun netizen yang meninggalkan komen di entri tersebut seakan mengaitkan perkara itu dengan anaknya sendiri, Hannah Delisha.

Menerusi laporan Gempak pada 11 Mac lalu, Hannah tampil memohon maaf kepada netizen menerusi Instagram Story atas apa yang berlaku.

Beberapa hari sebelum itu, Noor Asyikin sudah mula memuat naik beberapa hantaran di laman sosial disertai tanda pagar #IbuTidakRestu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Bukan Sahaja Tidak R3stu, Tapi Sang Ibu Tak Tahu” – Ibu Hannah Delisha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*