Pernah Buka 30 Stesen Shell Di India, Ini Kisah ‘Big Boss Shell’ Yang Ramai Tidak Tahu

Semalam tular ‘big boss’ Shell Malaysia yang dilaporkan turun padang bagi bertemu sendiri dengan pelajar yang dirakam memakai baju Shell ketika hadir mengambil keputusan SPM baru-baru ini.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu ‘big boss’ Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain itu adalah merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia sejak daripada 2016.

photo_2020-03-06_11-36-50

Dalam satu perkongsian Careta.my walaupun baru menjawat jawatan tinggi itu lima tahun yang lalu, dia bagaimanapun sudah bekerja dengan Shell sejak tahun 1993 lagi.

Bermula daripada bekerja bersama Shell Chemical, yang menghasilkan produk ubat nyamuk Shelltox ketika itu sehinggalah beliau dihantar oleh pihak syarikat ke India untuk meluaskan empayar perniagaan mereka.

shelltox

Royal Dutch Shell- syarikat induk Shell ketika itu menugaskan beliau untuk ke India bagi memulakan perniagaan Shell di negara itu.

“Pejabat pertama Royal Dutch Shell di India ialah sebuah bilik kecil di hotel Taj West End. Saya membeli empat kerusi, satu mesin faks dan meja yang saya pinjam dari hotel.”

“Dan itulah permulaan Shell di India. Sehingga kini, nama di dalam lesen perniagaan Shell di India masih mempunyai nama saya!”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Menurut beliau, sepanjang empat tahun berada di sana, mereka telah berjaya membuka sehingga 30 stesen minyak di negara itu sebelum memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Kerana kejayaannya mengemudi Shell di India itu, dia kemudiannya ditugaskan pula untuk menjaga rangkaian stesen minyak syarikat itu di serata dunia.

“Walaupun saya ditempatkan di Malaysia, saya perlu terbang ke serata dunia untuk tugas itu.”

Shairan dalam temu bual tersebut bagaimanapun menjelaskan dia juga pernah bekerja di beberapa bahagaian seperti Corporate Finance, Forex Trading dan bahagian upstream di Miri sebelum diletakkan di bahagian retail dan berlepas ke India.

Walaupun sudah memegang pelbagai jawatan namun dia menjelaskan bidang retail telah berjaya menarik minatnya selepas pertama kali ditugaskan menjaga stesen minyak Shell di Glenmarie.

“Saya pernah mencuci tandas di stesen tersebut pun,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Dalam temu bual itu juga, Shairan turut mendedahkan mungkin apa yang menjadi jawapan kepada kenapa dia sendiri yang turun padang untuk bersama-sama dengan pekerjanya yang baru sahaja mendapat keputusan SPM.

Menurut beliau, Shell amat mementingkan kemajuan kerjaya untuk pekerja-pekerja mereka.

“Kami memanggil mereka sebagai site-heroes,” terang Shairan.

Jadi tidak hairanlah jika beliau sendiri yang turun padang untuk bertemu dengan pekerjanya yang baru sahaja mengambil keputusan SPM baru-baru ini dan turut memberikan hadiah dan dorongan buat mereka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: VOCKET