B@ngkai Kapal Tahun 1800 an Timbul Selepas Banjir Lipis

Banjir besar yang melanda Lipis terus meninggalkan pelbagai persoalan apabila b4ngkai sebuah kapal ditemukan terdampar di tepi Sungai Lipis berhampiran Kampung Pagar lama di Penjom di sini.

Bangkai kapal yang dikatakan dibina sekitar tahun 1800 an itu hanya ditemukan seminggu selepas banjir surut kerana ditutupi sampah tebal.

 

 

Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun kapal yang dilihat pelbagai pihak sebagai artifak berharga itu telah dikerat dan dileraikan oleh sekumpulan lelaki.

Penghulu Penjom, Azhar Ismail berkata, penemuan kapal itu di kawasan tebing sungai kampung lama yang telah ditinggalkan kerana sering berlaku banjir itu amat mengejutkan penduduk setempat dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau memberitahu terdapat satu tembaga yang tertulis Vivian & Son dan kapal berkenaan dipaku dengan paku tembaga.

Sumber: Kosmo Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: -CARI