Padam Gambar S3ksi Di IG, Terdetik Hati Untuk Berubah Selepas Terima Mesej Mengejut Dari…

Bagi yang mengikuti perjalanan karier seni penyanyi Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil ataupun lebih dikenali dengan Zizi Kirana pasti tahu yang dirinya dahulu boleh dikatakan sedikit s3ksi.

Baru-baru ini, demi mengikuti permintaan ibu tersayang, Zizi dikatakan telah tekad memadam hampir kesemua gambar seks1nya di laman sosial Instagram.

Tak Sanggup Tengok Ibu Sedih, Zizi Kirana Janji Tak Pakai Seksi Lagi

Mungkin belum memadam kesemuanya, akan tetapi usaha dan niat yang baik itu sudah ada dan sudah diperlakukan sedikit demi sedikit.

Mendedahkan kisah disebalik perkara itu, Zizi yang pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats berkata, hatinya terjentik tatkala menerima mesej panjang di WhatsApp daripada ibunya, sekali gus mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

“Satu hari selepas solat Subuh, saya menerima kiriman mesej daripada ibu. Selepas dia bertanya sama ada saya sudah solat Subuh atau belum, saya nampak lagi dia sedang menaip sesuatu. Dia ambil masa yang agak lama juga sebelum mengirimkan mesej itu kepada saya.

“Intinya adalah dia meminta supaya saya memadam gambar-gambar s3ksi di Instagram dan menasihati saya supaya menjaga pemakaian saya,” 

Malah Zizi turut mendedahkan bahawa dia memilih untuk perlahan-lahan mengubah dirinya ke arah kebaikan kerana sedar umat Islam kini berada di penghujung zaman dan mahu menunaikan permintaan ibunya sebelum dijemput Il4hi.

“Sebenarnya, sejak awal tahun lalu lagi saya sudah mula terfikir mengenai perkara ini lebih-lebih lagi apabila dunia dil4nda Cov1d-19. Saya sentiasa berfikir, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Jadi, tak salah kalau kita semua berubah ke arah yang lebih baik.

“Lagi satu, saya sendiri pun tak tahu sama ada saya atau ibu saya yang akan dijemput Il4hi terlebih dahulu. Jadi, sementara dia masih ada, saya tak mahu kecew4kannya dan tunaikan permintaannya untuk kebaikan saya,” katanya.

Alhamdulillah. Kami di Hot FM mendoakan supaya Zizi terus istiqomah dan semoga keluarga berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber