Tular! Kawan Cvri Guna Identiti Naik Pesawat Sriwijaya Air

Takz1ah buat semua keluarga m4ngsa yang terlibat dalam kemal4ngan pesawat terh3mpas di perairan Kepulauan Seribu selepas baru sahaja berlepas dari Jakarta. Berita ini amat mengejutkan bukan sahaja rakyat Indonesia malah rakyat Malaysia sendiri masih terkesan dan teringat akan peristiwa pesawat MH370 hilang dari radar terdahulu. Bersamalah kita menghormati hari berkabung Indonesia.

Menurut laporan sebelum ini, pesawat berkenaan yang sedang menuju ke Pontianak dilaporkan terh3mpas selepas 4 minit berada di atas udara. Kini, sedikit demi sedikit cebisan pesawat, barangan penumpang dan m4ngsa-m4ngsa telah dijumpai dalam misi pencarian yang telah dilaksanaakan sejurus selepas ia hilang dari radar. Baru-baru ini, pihak berkuasa Indonesia kemudiannya mengeluarkan senarai nama 62 mangsa yang merupakan penumpang dan kabin krew pesawat SJ182 jenis Boeing 737 kepada orang ramai.

SERPIHAN pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu. FOTO AFP

Ramai waris m4ngsa mula tampil untuk menuntut apa yang perlu tetapi lain pula kisah seorang gadis ini apabila dirinya terkejut apabila namanya ada dalam senarai m4ngsa penerbangan Sriwijaya Air. Kalau kejadian ini berlaku pada diri kita, bukan sahaja kita terkejut mungkin ahli keluarga kita sendiri panik melihat nama kita tersenarai. Perkara hidup dan m4ti bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.

Menurut laporan yang dikongsi oleh media Indonesia, gadis tersebut bukan sahaja tidak menaiki pesawat tersebut, malah dia langsung tidak membeli apa-apa tiket penerbangan. Gadis yang bernama Sarah Beatrice Alomau berusia 19 berasal dari Nusa Tenggar Timur tampil bersama peguamnya menegaskan bukan dirinya yang terlibat dalam kemal4ngan itu.

Menurut Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat, Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi, Sarah hanya menyedari perkara tersebut selepas melihat namanya tertera di kaca TV sebagai salah seorang mangsa korb4n pesawat berkenan. Peguam yang mewakili Sarah mengatakan Sarah mengesy4ki identitinya telah digunakan oleh seorang rakan untuk menempah tiket penerbangan tersebut dan pergi menggunakan identitinya.

Tambah Sarah, dia tidak pasti bagaimana rakanya itu boleh menggunakan identitinya kerana kad pengenalannya masih bersama Sarah. Kini, ada pihak yang menyoalkan bagaimana pengguna identiti Sarah berjaya melepasi prosedur pemeriksaan penumpang walhal dia menggunakan nama individu lain.

 

Sumber: HMetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Kool FM via Hot FM