Anak Aepul Drama Band Pula Positif COV1D-19

Vokalis Drama Band, Aepul Roza memaklumkan anak perempuannya, Nur Saffiya Alisha, 5, juga positif COV1D-19.

Aepul berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya menerusi ruangan IG Story.

Menurut Aepul, dia kini menjalani kuarantin bersama puteri sulungnya.

My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak, okay?” tulisnya.

Dalam pada itu isterinya, penyanyi dan pelakon Leez Rosli juga menyatakan kerisauan dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan suami dan anaknya itu

“Dia disahkan positif COV1D-19 melalui ujian saringan PCR. Allahu, beratnya rasa bahu ini. Duduk elok-elok dengan daddy okay.

“Umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang… Daddy, Alisha dan adik dalam pervt,” tulisnya.

Terdahulu menerusi perkongsian beberapa hari lalu, Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, memaklumkan dirinya disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Anak Aepul Drama Band Pula Positif COV1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*