Pengantin Baru Teruja Sanggup Naik Bas Ke Melaka, Tapi Berakhir Dgn Nasib Malang

KETERUJAAN untuk memiliki kereta terpakai membuatkan seorang abang sanggup menaiki bas dari Perak ke Melaka untuk berurusan mengenai jual beli kenderaan tersebut.

Bagaimanapun seperti yang dikongsikan menerusi video aplikasi TikTok yang tular, ia berakhir dengan nasib m4lang apabila si abang menjadi mangsa penipuan atau scam oleh individu yang kononnya mengaku sebagai pemilik kereta.

Remaja yang mahu dikenali sebagai Alia berkata, kejadian berlaku pada 11 Januari lalu, hanya beberapa hari selepas abangnya berusia 25 tahun berkahwin pada 6 Januari.

Gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, abangnya tertarik dengan iklan menjual kereta terpakai di laman sosial Facebook yang menawarkan model Satria Neo berharga RM9,000.

“Abang selama ini hanya pakai motosikal selain sebuah kereta Kancil. Pernah juga ada kereta lain tetapi dijual semula kerana sering mengalami masalah.

“Kereta Kancil tu pula abang bercadang untuk bagi kat mak untuk kegunaan keluarga bila beli kereta second hand (terpakai) tu,” katanya kepada mStar.

Kereta yang dijual oleh individu kononnya sebagai pemilik pada harga RM9,000.

Lebih mesra disapa Alia, katanya, dia menemani abangnya bersama seorang rakan menaiki bas dari Teluk Intan dan tiba di Ayer Keroh di Melaka pada lewat petang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam.

“Setibanya di sana terdapat seorang lelaki yang dikatakan diupah oleh ‘penjual’ tu untuk menjemput kami di Melaka Sentral sebelum dibawa ke sebuah bengkel berdekatan.

“Di luar bengkel tersebut, kami ditunjukkan dengan kereta seperti yang diiklankan, malah dibenarkan untuk test drive (pandu uji) sebelum abang betul-betul berminat untuk membeli.

“Penjual tu minta kami untuk membayar separuh daripada harga jualan terlebih dahulu. Bagaimanapun, kemudian penjual tu bertukar fikiran dan mahu kami untuk menjelaskan bayaran penuh terlebih dahulu,” ujar pelajar Tingkatan Lima itu.

Abang Alia (kanan) sempat bergambar dengan individu yang didakwa menipu.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, mereka mula berasa curiga apabila mahu mendapatkan rekod dan butiran pendaftaran berkaitan kereta itu.

“Masa tu la dia kata kereta tu sudah diperiksa oleh pihak itu dan pihak ini. Malah, lelaki berusia 30an itu menganggap kami seolah-olah tidak mengetahui urusan jual beli kereta.

“Dalam rasa curiga tu juga, duit RM9,000 telah pun diserahkan. Entah bagaimana, kami seperti ikutkan saja apa yang disuruhnya, macam kena pukau,” tambahnya.

Alia berkata, mereka kemudian kembali ke bengkel dari bank untuk berjumpa lelaki berkenaan bagi mengambil kunci kereta namun kelibatnya tidak kelihatan.

“Bila kami masuk pejabat di bengkel, alangkah terkejutnya kami apabila lelaki di dalam pejabat itu adalah pemilik bengkel dan juga pemilik kereta Satria Neo yang sebenar tetapi mengakui mahu menjualnya pada harga kira-kira RM15,000.

“Pemilik Satria Neo tu beritahu dia didatangi seorang lelaki, iaitu orang yang sama berurusan dengan kami, dan memaklumkan bahawa rakannya iaitu kononnya kami dari Teluk Intan mahu membeli kereta tu. Sah! Abang kena tipu.

“Kami cuba hubungi lelaki yang kononnya pemilik kereta tu, tapi gagal. Mesej pun tak dapat. Abang hanya tergamam dan air matanya mengalir. Semuanya berlaku dengan sekelip mata,” ujarnya sambil menambah abangnya membuat laporan polis berhubung kejadian di Melaka, pada malam yang sama.

Alia bersama abangnya dan seorang lagi rakan pulang ke Teluk Intan dengan menaiki bas.

Memandangkan hari telah lewat untuk pulang ke Teluk Intan, katanya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermalam di sana sebelum pulang keesokan paginya.

Menurut Alia, duit untuk membeli kereta itu adalah simpanan hasil titik peluh abangnya bertahun-tahun kerja sebelum hilang kerja akibat pandemik Covid-19 dan baru saja mendapat tawaran kerja sebagai pekebun pada bulan ini.

“Esoknya kami pulang menaiki bas dengan sehelai sepinggang. Kasihan abang… baru je kahwin, nak beli kereta tu sebab mahu buat kejutan untuk isteri, bawa jalan-jalan

“Perkongsian saya ini untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dalam urusan jual beli bagi mengelakkan daripada ditipu,” katanya.

Suami Isteri Baru Kahwin Jangan Cepat Sangat Nak Beli Kereta BALUT PLASTIK, Ini 11 Sebabnya

Pernah dengar istilah ‘Kereta Balut Plastik’? Cuba perhatikan kereta baru keluar dari kedai. Berbalut-balut plastikkan tempat duduknya. Kata mudahnya, kereta balut plastik itu.. Kereta Baru.

Tapi di Jepun lain pula halnya. Bak kata Isma Addi Jumbri, penulis TravelogISMA yang turut berkongsi perihal pengurusan kewangan ini, ‘kereta balut plastik di Jepun memang kereta itu dibalut untuk tujuan pengeksportan semula.

Eh.. tapi apa kaitan ‘kereta balut plastik’ dengan pasangan suami isteri baru berkahwin ini? Haa.. ini alasannya.

Suami Isteri Baru Kahwin Jangan Cepat Sangat Nak Beli Kereta BALUT PLASTIK, Ini 11 Sebabnya..

Kereta Balut Plastik VS Pasangan Baru Berkahwin
Sebelum ini selalu juga saya dengar istilah ‘kereta balut plastik’. Setakat kerusi kereta balut plastik itu saya pernah jumpa.

Tapi, di Jepun saya pernah jumpa kereta MPV yang dibalut dengan tilam dan plastik. Wah! Kreatif betul di sini sampai macam tu sekali untuk pastikan kereta benar-benar terjaga untuk dieksport.

Barangkali kereta seperti inilah yang dimaksudkan sebagai ‘kereta balut plastik’ yang sebenar.

Apa pun, ini sekadar pesanan buat pasangan yang baru kahwin. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung ny4wa.

Suami Isteri Baru Kahwin Jangan Cepat Sangat Nak Beli Kereta BALUT PLASTIK, Ini 11 Sebabnya..

Inilah 11 Tip Berjimat Pasangan Baru Kahwin,Tahan Dulu Beli ‘Kereta Balut Plastik’
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.

2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.

3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.

4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.

5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.

6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.

7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.

8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.

9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.

10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Pengantin Baru Teruja Sanggup Naik Bas Ke Melaka, Tapi Berakhir Dgn Nasib Malang"

Leave a comment

Your email address will not be published.

*