Ramaikan belia dalam p0litik, bukan orang tua berebut kuasa,” – Syed Saddiq

UALA LUMPUR: Malaysia “memerlukan lebih ramai belia dalam p0litik, bukannya orang tua yang berebut kuasa.”

Kata-kata itu diungkapkan oleh Ahli P4rlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitternya pada Ahad malam.

Dalam tweet tersebut, Syed Saddiq turut memetik nama Ahli P4rlimen Bakri, Yeo Bee Yin, dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu adalah bukti bahawa wanita muda yang boleh melakukan banyak perkara hebat sekiranya diberi peluang untuk memimpin.

“@yeobeeyin is living proof that a young woman, when given the chance to lead, can do amazing things! It was a pleasure working with her in cabinet.

“We need more Youths in P0litics, not oldies fightlng for power,” ujar Syed Saddiq.

Selain disertai frasa ‘Muar & Bakri, united’, tweet tersebut turut disertakan tiga keping gambar dirinya bersama Bee Yin serta keluarganya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Ciapan tersebut menerima ratusan k0men dan lebih 1,700 tanda suka selepas sejam disiarkan, dengan kebanyakan k0men bersetuju dengan Syed Saddiq tentang kuasa generasi muda yang patut diberikan perhatian.

Sumber : Awani

BACA SELANJUTNYA :-

Habih semua kena juai, Mujahid sindir pencalonan Shafie PM

PENDEK k0men Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pencalonan Datuk Seri Syafie Apdal sebagai calon perdana menteri pakatan harapan.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu secara sini berkata dahulu sesuatu keputusan yang diambil akan dibincang lagi. Namun kini sekali berbincang keputusan sudah ada keputusan.

“La ni kalau berbincang dah kata ada keputusan. Dulu kalau dah buat keputusan bincang lagi….habih semua kena juai,” kata Mujahid di Twitternya.

Dalam ciapan tersebut beliau berkongsi berita diterbitkan portal Malaysiakini bertajuk ‘Dr. M: Pemimpin D4P, Amanah setuju Shafie calon PM, Anwar dan Mukhirz calon TPM’.

Dalam laporan itu, Dr. Mahathir berkata, cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan sekvtunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah, D4P dan Warisan.

Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat susulan pertemuan antara beliau dan penyokongnya dari Bersatu dengan pemimpin Amanah, Warisan dan D4P.

Jelas Mahathir, pertemuan itu juga mempersetujui agar Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu yang dipertik4i, Mukhriz Mahathir akan mengisi dua jawatan timbalan perdana menteri.

“Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk jika saya tidak dicalonkan sebagai bakal perdana menteri. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai perdana menteri.

“Kami sebulat suara bersetuju agar Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai sikap teg4s supaya orang tahu mengenai pendirian kita,” katanya.

Mahathir berkata bahawa pertemuan tidak rasmi itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 Jun.

“Kami juga bersetuju agar Presiden PKR Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri 1 dan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri 2,” katanya.

Sumber : SM via Cinca

Be the first to comment on "Ramaikan belia dalam p0litik, bukan orang tua berebut kuasa,” – Syed Saddiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*