Ratusan warga asing ditahan dalam serbuan di Selayang

Pihak berkuasa hari ini mengadakan serbuan terhadap warga asing tanpa dokumen di Selayang.

Operasi itu dibuat di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sekitar pasar borong Kuala Lumpur, dan dilakukan di saat perintah itu dijangka tamat dua hari lagi, iaitu pada 13 Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim mengesahkan operasi itu dilakukan pada awal pagi ini dan diketuai Jabatan Imigresen.

“Ini adalah operasi Jabatan Imigresen. Polis dan beberapa agensi lain membantu dari segi keselamatan,” katanya kepada pemberita menerusi Whatsapp.

Agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kesihatan dan beberapa lagi agensi berkaitan.

Menurut China Press, operasi itu yang bermula pada pukul enam pagi tadi menyaksikan ratusan warga asing tanpa dokumen ditahan.

Sebuah helikopter turut digunakan untuk operasi itu, kata laporan itu lagi.

Sebelum ini pihak berkuasa telah mengadakan serbuan terhadap warga asing tanpa dokumen di sekitar Masjid India, dua hari sebelum PKPD tamat di kawasan itu.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri yaakob, yang juga menteri kanan yang bertanggungjawab dalam soal perintah kawalan pergerakan, mempertahankan tindakan itu.

“Sebab itu saya kata bila PKPD tamat, tiada tempat untuk mereka pergi. Sebab itu (juga) kita tempatkan mereka di depot tahanan imigresen,” katanya.

PKPD dikenakan terhadap kawasan yang menunjukkan peningkatan kes Covid-19.

Setakat ini, beberapa kawasan di Selayang masih dikenakan perintah itu sehingga 12 Mei.

Pusat Bandar Utara:

Kawasan C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur

Kawasan D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur

Kawasan E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur

Kawasan E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur

Kawasan E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur

Kawasan F: Taman Batu View and Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur

Selayang Baru:

Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 and Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon D: Jalan 3, 5, 7 and 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon E: Jalan 2, 4, 6 and 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon F: Block A, B and C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor

Sejumlah NGO hak asasi mengkritik langkah kerajaan, dengan memberi amaran ia mampu menimbulkan ketakutan terhadap warga asing tanpa dokumen untuk tampil ke depan menjalani ujian Covid-19.

Semalam, kawasan sekitar Petaling Jaya Old Town turut dikenakan PKPD.

Sumber:Malaysiakini 

Be the first to comment on "Ratusan warga asing ditahan dalam serbuan di Selayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*