PM baru umum PKPB, rakyat Malaysia didakwa dah mula bersesak di luar?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan, hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei ini.

Namun begitu, rakyat Malaysia diingatkan untuk tetap mematahui pelaksanaan PKP fasa ke empat ini masih lagi berlangsung sehingga 12 Mei 2020. Rakyat masih tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan aktiviti dalam kelompok yang besar dan sentiasa menjaga jarak sosial serta mengamalkan new normal ketika berada diluar rumah.

“Baru je umum dah macam ni…”

Di Twitter, terdapat beberapa keping gambar mengatakan rakyat Malaysia sudah mulai alpa untuk melakukan penjarakan sosial dan berpusu-pusu berada di luar rumah.

Terdapat juga laporan yang mendakwa, jalan raya kini mula dipenuhi dan sesak dengan kenderaan.

Bukti rakaman video turut diselitkan oleh orang awam

Video Player

Be the first to comment on "PM baru umum PKPB, rakyat Malaysia didakwa dah mula bersesak di luar?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*