Padah Henti ‘Lockdown’ Terlalu Awal, Jepun Diserang Gelombang Kedua COVID-19

Pulau di utara Jepun, Hokkaido dilanda gelombang kedua yang mencatatkan 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu lalu.Perintah berkurung itu ditamatkan bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi apabila kes jangkitan yang dicatatkan berkurang kepada satu angka.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal sebelum rantaian wabak ini diputuskan sepenuhnya.Jelasnya lagi, gelombang kedua itu kemungkinan mendesak Jepung untuk menunggu sehingga tahun hadapan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan menamatkan perintah berkurung tanpa rasa bimbang.

Dalam pada itu, Pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.Ujarnya lagi, ketika itu mereka tidak tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai wabak COVID-19. Bagaimanapun,

katanya lagi buat masa ini tidak boleh persalahkan sesiapa tentang keputusan tersebut dan perlu dijadikan pengajaran.“Namun, kita tidak boleh persalahkan sesiapa kerana keputusan (menamatkan perintah berkurung) dibuat berdasarkan penurunan kadar jangkitan kepada hanya satu atau dua kes sehari.

“Tapi kini kita sedar ini menjadi kesilapan terbesar, walaupun pada masa itu ia adalah tindakan yang wajar dilakukan,” katanya.Setakat ini, Jepun mencatatkan kes positif sebanyak 14,516 dan 466 kematian dilaporkan.

SUMBER: BH Online

Be the first to comment on "Padah Henti ‘Lockdown’ Terlalu Awal, Jepun Diserang Gelombang Kedua COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*