Desak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak Ayah – Kisah Dunia

Membesarkan anak kurang upaya (OKU) sudah tentu menjadi cabaran besar buat ibu ayah. Bukan sahaja perlu diperhatikan gerak gerinya sepanjang masa, malahan mereka harus diberikan belaian kasih sayang meskipun sedang mengalami tantrum. Walaupun kesabaran sering teruji, ini tidak bermakna ibu bapa harus menganggap anak OKU mereka sebagai beban.

Emak ayah tak mampu jaga anak OKU terlalu lama

Bercakap tentang anak-anak syurga tersebut, sejak semalam viral mengenai seorang penjaga yang mendesak agar kelas PKKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) supaya dibuka semula. Komen berkenaan dibuat menerusi satu sesi siaran langsung di Facebook ketika pihak KKM sedang menyampaikan update mengenai isu COVID-19 di Malaysia.

Desak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak Ayah

Desak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak Ayah
Gambar sekadar hiasan

Bukankan itu anak sendiri?

Terkesan dengan kenyataan individu tersebut yang kedengaran seperti lelah menjaga anaknya sendiri, pengacara televisyen terkenal iaitu Ahmad Fedtri Yahya telah meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah puisi pendek. Ringkas tapi cukup menusuk kalbu. Demikianlah yang terlintas di fikiran saat kita membaca nukilan deep tersebut.

Desak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak AyahDesak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak Ayah

Sedih bila mak ayah hantar komen begini

Dalam masa sama, seorang guru pendidikan khas turut sama-sama melepaskan rasa kecewa selepas mengetahui rungutan yang dibuat individu tersebut. Tegasnya urusan menjaga anak istimewa memang cukup sukar. Namun sewajarnya ibu bapa harus lebih bersabar berdepan situasi itu dan bukannya tergamak mengeluarkan komen tidak berhati perut.

Desak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak AyahDesak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak AyahDesak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak AyahDesak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak Ayah

Sumber : Facebook Fedtri Yahya

Be the first to comment on "Desak Sekolah Dibuka Kerana Penat Jaga Anak OKU, Fedtri Yahya Tegur Mak Ayah – Kisah Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*