Jutawan dah bantu Nursahira. Tapi Mahkamah tolak tangguh hukuman penjara atas sebab ini

MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, hari ini, menolak permohonan pembantu kedai menangguhkan hvkuman p3njara lima bulan terhadapnya selepas didapati bers4lah menghi1na polis pada 27 Mac lalu.

Hakim Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas menganggap kes4lahan dilakukan Nursahira Mohd Mizuar, 20, adalah berat dan tiada alasan istimewa untuk mahkamah menangguh hvkuman berkenaan.

Nursahira tak pernah minta maaf

Murtazadi dalam prosiding turut memaklumkan, mahkamah mendapati tertvduh tidak pernah meminta maaf kepada polis dan menyatakan kek3salan atas perbuatannya itu.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Datuk Naran Singh memohon hvkuman p3njara yang dijatvhkan ke atas Nursahira ditangguhkan berikutan tertvduh sebelum ini tidak diwakili peguam selain keluarganya tidak mempunyai wang bagi membayar d3nda.

Pada 31 Mac lalu, tertvduh dijatvhkan hvkuman d3nda RM10,000 dan p3njara tiga bulan selepas mengakv bers4lah atas tvduhan membuat dan memulakan komunikasi jeli1k melalui aplikasi Facebook dengan niat mengan1iaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Tertuduh, bagaimanapun, gag4l membayar d3nda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatvhkan hvkuman p3njara tambahan dua bulan ke atasnya.

Sementara itu, Naran yang ditemui memaklumkan, seorang usahawan tempatan bersimpat1i dan bersetuju menanggung kos guaman Nursahira.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan penangguhan hvkuman ke Mahkamah Tinggi selepas permohonan penangguhan hukvman ditolak Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, wanita itu dit4han polis 11.30 malam, selepas dia memuat naik status mengh1ina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas mar4h dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Cov1id-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira 9 malam.

Tempuh 11 s3katan jalan raya bantu Nursahira

ALOR SETAR – Seorang ahli perniagaan hartanah dari Besut, Terengganu sanggup menempuhi 11 sekatan jalan raya menuju ke Alor Setar untuk membantu seorang pembantu kedai yang dip3njarakan lima bulan kerana menghi1na polis di media sosial.

Muhammad Azlan Abdullah @ Ali, 33, berkata, beliau tidak meny0kong tindakan yang dilakukan oleh Nursahira Mohd Mizuar, 20, namun wanita tersebut wajar diberikan peluang kedua untuk berubah.

Menurutnya, beliau tidak mengenali wanita itu mahupun keluarganya namun rasa terpanggil untuk membantu memikirkan Nursahira dari keluarga yang bukan berada dan merasai kesvsahan yang dilalui keluarga itu yang tidak mampu membayar d3nda RM10,000.

“Saya bertolak pada jam 1 petang dari Besut dan sampai ke Alor Setar kira-kira 10 malam, semalam. Perjalanan berjalan lancar walaupun perlu berhenti di 11 sekatan jalan raya sebelum sampai ke sini,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

Muhammad Azlan berkata, lebih 10 peguam dari seluruh negara menawarkan diri untuk membantu wanita tersebut selepas beliau menyatakan perkara tersebut di media sosialnya selepas Nursahira dijatvhkan hvkuman pada 31 Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk menggunakan khidmat peguam berpengalaman, Datuk Naran Singh kerana mempunyai matlamat yang sama untuk membantu pembantu kedai berkenaan.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Sesyen Alor Setar menolak permohonan menangguhkan hvkuman p3njara lima bulan ke atas Nursahira, Muhammad Azlan berkata, beliau telah meminta peguambela membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi.

“Walaupun rayuan telah ditolak hari ini, peguam kita akan membawanya ke peringkat Mahkamah Tinggi pula dalam masa terdekat ini.

“Saya menyeru kepada semua agar berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan yang menyentuh sensiti1viti mana-mana pihak, kavm ataupun agama di negara kita supaya kita boleh hidvp makmur dan penuh harmoni,” katanya.

Be the first to comment on "Jutawan dah bantu Nursahira. Tapi Mahkamah tolak tangguh hukuman penjara atas sebab ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*