Dulu pengutip sampah kini jutawan, ini rahsia Azlan

Rezeki Allah sangat luas. Jika pernah diuji dengan kesukaran dan menempuhi fasa kegagalan ketika ini, jangan sesekali pernah berputus asa. Teruslah berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan pasti menanti suatu hari nanti.

Jadikan kisah dan pengalaman hidup Ikon Usahawan Muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, Peneraju Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd ini sebagai sumber inspirasi.

Siapa sangka dahulunya lelaki ini pernah menyara diri dan keluarga sebagai seorang pengutip sampah, kini rezekinya melimpah ruah merubah kehidupan 360 darjah menjadi seorang jutawan muda dengan memiliki jumlah aset hartanah bernilai hampir 50 juta!

Titik Perubahan Ubah Kehidupan

Mohamad Azlan menceritakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan sebagai Pengutip Sampah selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2007, selepas tamat Tingkatan 6.

“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh.

“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar”ujarnya.

Ceburkan Diri Dalam Bidang Hartanah

Keputusan untuk tinggalkan rumah dan pertemuan dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan telah membuka jalan rezeki Mohamad Azlan dalam bidang hartanah. Untuk pertama kali dalam hidupnya, beliau berjaya menjual dua lot tanah dan mendapat komisen sebanyak RM4,000.Siapa percaya, dalam tempoh enam bulan sahaja, beliau berjaya meraih pendapatan lebih RM500,000.

Bermula sebagai ejen jualan tanah lot, beliau menubuhkan syarikat sendiri & membeli hartanah pertama pada harga hampir RM300 ribu. Menempuhi jatuh bangun dalam perniagaan, beliau dan syarikatnya kini berjaya menguasai hartanah di sekitar Terengganu dan Kelantan dengan pelbagai projek perumahan & pembinaan yang bernilai ratusan hingga jutaan ringgit.

Dua Wanita Istimewa

Bagi seorang lelaki berjaya pastinya didorong oleh wanita hebat yang menjadi tulang belakang menyokong kejayaannya. Bagi Azlan wanita-wanita hebat tersebut, tidak lain tidak buat merupakan ibu dan isteri tersayang.

“Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat dua wanita yang begitu istimewa dalam diri saya. Pertama ibu saya, Siti Aishah Ismail, 58. Sebagai orang yang sentiasa mendoakan saya, sentiasa menyokong dan mendorong saya untuk pergi ke ke depan.Antara pesanan emak yang menjadi pegangan dalam kehidupan ialah menjaga solat, jaga quran serta jujur dan amanah”

“Seorang lagi, ialah isteri saya, Nurul Fitriah Binti Mohd Sabri,32. Orang yang sentiasa menyokong sepenuhnya gerak kerja saya, susah senang bersama dengan saya, sentiasa bersangka baik dengan saya dan memberi saya kepercayaan sepenuhnya untuk saya berjaya dari semasa ke semasa pada saya untuk berjaya serta tidak pernah merintih,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata ini, Nurul Natasya Al Humairah, 6, Nurul Athirah Al Athiyah,5, Mohamad Athiqullah Al Amin, 4 dan Nurul Syahirah Al Afiah,1 ini.

Amalan Murah Rezeki

Disebalik usaha gigih dan kejayaan yang diperolehi, Mohamad Azlan sudi berkongsi amalan yang sering dilakukan, menjadi asbab rezekinya melimpah ruah yang boleh dijadikan panduan;

1. Jaga Kebajikan Mak Ayah & Keluarga
“Antara amalannya ialah saya betul-betul menjaga kebajikan mak ayah saya serta keluarga terdekat.”

2.Tak Tinggalkan Al-Quran
“Keduanya saya tak tinggalkan Al Quran walaupun dalam satu hari dalam hidup saya.”

3.Istiqamah Bersedekah
“Ketiga,saya istiqamah dengan amalan bersedekah tak kira sikit atau banyak, tapi boleh dikatakan sebagai kewajipan setiap hari.”

4.Rutin Solat Sunat Dhuha
“Keempat saya sentiasa amalkan solat Sunat Dhuha,boleh dikatakan sebagai rutin mesti buat setiap hari.”

5.Berbaik Sangka
“Kelima berbaik sangka dengan semua orang.”

6. Jaga Silahturahim
“Keenam saya panjangkan silahturahim”

7. Bersikap Pemaaf
“Ketujuh saya bersikap pemaaf tak kira kawan atau lawan.”

Pesanan Penting Buat Usahawan

Selain itu, Azlan juga ada menitipkan 5 pesanan penting buat usahawan lain untuk berjaya. Antaranya;

“Gag4l tidak bererti kita t3was.Kegagalan tidak beerti kita akan terus gagal, tapi sebenarnya jadikan keg4galan sebagai satu pengalaman untuk kita buat yang terbaik pada waktu seterusnya.

“Kedua, jangan semata-mata menunggu peluang. Peluang tak boleh ditunggu.Kita yang kena cipta peluang.Maksudnya jangan menunggu sesuatu itu hadir kepada kita. Kita yang mesti mencari dan mencipta peluang.

“Ketiga, setiap usahawan mesti berfikiran positif dan jauh ke depan untuk menjadi orang yang berjaya.

“Keempat, kena lihat masalah sebagai cabaran bukan halangan. Jadikan masalah sebagai cabaran untuk mewujudkan peluang. Jangan jadikan masalah sebagai satu halangan yang akan menolak kita untuk mundur ke belakang.

“Seterusnya, jangan sekali-kali berputus asa, yakin pada diri sendiri dan berharap hanya kepada Allah.

Selain itu, menurut lelaki ini untuk berjaya dalam dunia perniagaan perniagaan perlu ada mentor yang betul.

“Saya ada mentor dalam perniagaan iaitu Cikgu Ramli Bin Haji Hassan. Dia ialah yang orang berperanan mendidik, mendorong, membimbing serta sentiasa memotivasikan saya dalam dunia perniagaan. Bila kita sedih dia bagi semangat, bila kita rasa putus asa dia bagi perangsang. Dalam perniagaan untuk berjaya perlu ada mentor yang berjaya dan mentor yang betul,” ujarnya.

Ikon Usahawan Muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, Peneraju Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd
Kepuasan Berbakti
Perubahan fasa paling bawah kepada usahawan berjaya ternyata bukanlah alasan untuk berbangga dengan diri sendiri. Sebaliknya ia memberi kepuasan tersendiri buat lelaki ini terutamanya dalam berbakti dan ‘memberi’ kepada orang lain.

“Dari sudut hati saya, perasaan bangga dan perasaan hebat tu tiada. Yang saya rasa puas, sebab saya dapat lebih berbakti daripada hidup sebelumnya. Dulu saya hidup tak dapat berbakti pada orang ramai. Berbakti pada diri sendiri je, sebab saya miskin.

“Bila Allah bagi lebihan rezeki, saya rasa gembira dan sangat puas bila boleh hidup dapat berbakti. Saya tak rasa saya hebat, sebab saya tahu kejayaan yang saya kecapi hari ini bukanlah daripada hasil usaha semata-mata, sebaliknya berkat doa daripada ibu bapa, keluarga, kawan-kawan. Malah kemiskinan itu sendiri merupakan motivasi saya untuk berjaya,” ujarnya.

RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN

Mohamad Azlan juga bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Lebih menarik,kisah hidupnya kini turut dibukukan dan diterbitkan dengan judul bertajuk RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN.Perkongsian rahsia dan kisah kejayaan beliau sangat menarik dan ternyata memberikan inspirasi serta motivasi kepada masyarakat.

Sanggup Datang Dari Jauh, Bayar Denda Adik Nursahira

Kisah insan mulia, pemilik facebook Muhammad Azlan Al-Amin yang tular di media sosial hari ini, difahamkan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar d3nda RM10,000, seterusnya membebaskan adik Nursahira.

Sungguh mulia tindakan insan ini, semoga dapat menjadi ikutan pada masyarakat diluar sana dan tidak lupa pada pes4lah agar insaf.

Kapsyen ringkas saudara Azlan:

Turut berkongsi foto foto bersama Peguam

Bersama Mak Ayah Syaherah di Mahkamah Alor Star,Kedah.Mereka hanya menangis lihat saya,mereka cakap tak ada apa boleh bagi.Saya kata,saya hanya mahu DOA.

Dari miskin tegar, kini jutawan

Kisah Azlan menjadi tular sejak tahun lalu apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu pernah berkata ““Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”

Terdahulu Mhkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertvduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bers4lah selepas pertvduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat mengani1aya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kes4lahan mengikut Sksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Murtazadi mengarahkan hukvman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia dit4han dan sekiranya g4gal membayar d3nda, tertuduh akan dihvkum p3njara dua bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertvduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas m4rah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covi1d-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

sumber: sinar harian, https://www.mingguanwanita.my/

Be the first to comment on "Dulu pengutip sampah kini jutawan, ini rahsia Azlan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*