Doktor Bengang Anak Beranak Selamba Pegi Pasar Mcm Takde Perasaan, Kedai Pulak Semua Buka Sesuka Hati

Doktor marah sebab dapat banyak aduan daripada pesakit hingga doktor jadi takut sebab Johor Bahru dah masuk zon merah, maknanya kita dalam keadaan berisiko tinggi untuk dapat pembawa tidak dikenal pasti lagi.”

Demikian luahan seorang doktor yang beng4ng susulan tindakan masyarakat di Johor Bahru dikatakan tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu beliau turut bersuara tentang beberapa agensi kerajaan didakwa tidak menjalankan tugas sebetulnya bagi mengelakkan orang berhimpun.

Kenyataan itu diungkapkan menerusi video secara langsung berdurasi 12.26 minit di laman sosial Facebook (FB) Hairin Anisa Tajuddin pada 5.02 petang 14 April lalu.

Dia turut memaklumkan beberapa lokasi zon merah yang tidak diawasi dan kekecewaannya terhadap wabak Covid-19 yang dipandang remeh masyarakat.

Berkumpul macam tiada PKP

” Saya kecewa pesakit bawa anaknya pergi pasar raya di area Taman Bukit Mutiara, dia kata di situ macam tiada PKP, macam tiada orang jaga, kedai semua buka suka hati tak ada buat penjarakan sosial, orang selambanya berkumpul di situ.

” Banyak juga kes di Taman Daya, pasar di Larkin, tiada poIis jaga, itu yang doktor jadi beng4ng sangat sebab masyarakat di Johor Bahru memang sengaja cari nahas.

” Memang sengaja nak suruh virus tu kejar korang. Doktor beng4ng sangat sebab masyarakat Malaysia punya mentaliti ini yang di Johor zon merah, ini degil sangat.

” Kita tahu virus ini boleh ada di permukaan beberapa hari. Kalau korang pergi bersondol sana berpegang pastu transmit dah jadi rantaian yang panjang.

” Dan sampai bila kita nak selesaikan ini? Bila rantaian ini akan berpanjangan? Kita tidak akan dapat kurangkan risiko penyebaran ini. Faham tak?

” Ekonomi itu bukan saya seorang sahaja yang rasa, semua orang rasa termasuk kerajaan sekali terpaksa tanggung manusia yang degil juga.

” Mereka tidak kerja, kumpul sana sini selepas itu minta insentif minta bantuan. Tapi kau degil. Beng4ng la ni. Kau minta bantuan itu ini pada kerajaan tapi bod#h pergi duduk lagi sana sini,” katanya.

Dan repot kat PDRM, tapi macam ni pula jawapan poIis

Kenyataan itu turut mendakwa ada usaha pihaknya untuk melaporkan kepada pihak berwajib, namun tidak mendapat maklum balas sepatutnya.

” Yang doktor geram telefon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk buat laporan, dia kata tak, kena PoIis Diraja Malaysia (PDRM). Dia kata telefon Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) masing-masing. Mereka lebih berkuasa.

” Ok fine. Saya telefon IPD. IPD kata oh kita dah halau mereka tadi. Kalau mereka nak buat, kita nak buat macam mana. Amboi, kita dah zon merah kot.

” Dia kata kalau kita dah betul-betul lockdown baru kita akan kawal. Habis selama ni mereka tak meronda ke? mereka duduk di pejabat sahaja?

” Saya rasa poIis perlu letak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau sukarelawan yang betul-betul nak buat kerja ini duduk di tempat yang degil. Saya nak cadangkan itu sahaja.

” Yang mana setiap tempat setiap daerah kena ada yang boleh halau mereka ini..bagi mereka jadi spy panggil poIis datang waktu itu juga.

” Saya taktaulah kalau PDRM jawab macam ni, saya rasa orang akan ambil oh poIis pun tak kisah. PoIis pun buat taktahu. Itu yang saya geram tu dengan PDRM tadi. Memanglah dia kata dia halau, tapi berapa kali mereka pergi tengok buat spotcheck.

” Doktor jadi macam ni sebab telefon doktor rasa ‘helpless’ sebab taktau buat macam mana lagi. Sebab kita ni tiada kuasa. MKN atau PDRM buatlah satu tindakan di tempat-tempat ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Oh MyMedia

Be the first to comment on "Doktor Bengang Anak Beranak Selamba Pegi Pasar Mcm Takde Perasaan, Kedai Pulak Semua Buka Sesuka Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*