Senangnya Awak LabeI Orang Smpah Masyarakat. Jadi Awak Pula Apa, Perdana Menteri? – BeIIa AstiIIah

Beberapa hari lalu pelakon dan penyanyi Bella Astillah telah menyuarakan kesediaan beliau untuk menerima semula bekas suaminya, Aliff Aziz yang mencuri tumpuan warganet.

Pelbagai reaksi diterima, ada yang bersetuju serta mendoakan agar pasangan ini kembali bersama sebagai suami isteri. Tidak kurang juga yang menasihati Bella supaya melupakan sahaja Aliff.

Namun begitu, segelintir warganet yang meIampaui batas dalam menulis komen apabila seorang individu yang tidak berpuas hati telah meninggalkan kata-kata tidak sopan di laman Twitter.

” Sejujurnya, korang berdua memang sesuai antara satu sama lain. Satu samp#h masyarakat. Satu lagi beb#l. Sedap sangat Aliff Aziz tu agaknya,” tulis pengguna yang dikenali sebagai Aizad Fahmy.

Susulan komen individu terbabit, Bella telah bertindak balas dengan memuat naik foto lelaki tersebut di Instagram Stories miliknya semalam.

” Siapa-siapa kenal dia? Tolong hantar kat dia ya. Terima kasih.

” Hi Aizad Fahmy atau siapa pun awak. Awak orang Melayu ke? Sebab orang Melayu ni selalunya tahu adab dan budi bahasa. Lagi-lagi kalau Islam. Ada agama tak?

” Sebab senangnya awak label orang samp#h masyarakat, beb#l. Jadi awak pula? Perdana menteri? Kerabat? Tuhan?

” Saya layak ke tak takde kena mengena dengan awak. Bila dengar orang nak berbaik boleh fikir pasal benda ktor je.

” Euww awak tu yang menakutkan. Fikir lah ke arah positif lagi-lagi orang Islam, tak boleh ke fikir mungkin sebab kami ada anak ke apa ke,” tulisnya.

Dalam pada itu, melalui posting yang berbeza, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat meluahkan perasaan mengenai tanggapan orang ramai terhadap Aliff.

Tegas Bella keputusan yang diambil itu sudah diambil kira dari segi baik dan bur0knya.

” Ia menyedihkan melihat ada sesetengah orang yang cemburu dan terganggu dengan kehadiran awak. Mereka lebih cenderung bercakap mengenai benda yang negatif tentang awak walhal mereka tidak mengenali langsung.

” Itulah yang terjadi kini dan menjadi amalan. Berharap yang lidah kita ini dilindungi oleh yang Maha Kuasa daripada berkata benda yang boleh menyakitkan hati orang lain.

” Walau apa pun yang terjadi, ini semuanya ialah tentang saya dan keputusan saya sendiri.

Menurut Bella lagi, tidak ada orang lain yang boleh membuatnya rasa kurang selesa dengan keputusan yang diambil sedangkan setiap keputusan sudah dipertimbangkan baik buruk dan kesannya.

” Niat dan sebab hanya saya dan keluarga yang tahu. Saya akan membantu sepenuhnya. Saya bersyukur kerana mendapat ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap keputusan yang saya ambil.

” Ini kerana saya tahu apa yang lagi terbaik untuk saya dan Ayden. Sebagai sesama Melayu dan Islam adalah lebih baik mendoakan keadaan orang lain daripada mengecam,” luahnya lagi.

Bagaimanapun melalui semakan semula, kesemua entri tersebut telah dipadam oleh Bella selepas beberapa jam dikongsikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Senangnya Awak LabeI Orang Smpah Masyarakat. Jadi Awak Pula Apa, Perdana Menteri? – BeIIa AstiIIah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*