Ramai Bnduan Kenal Dia Dan Ini Yang Terjadi Kepadanya”-Farid Kamil

Setiap individu yang dikenakan hkuman pnjara pastinya akan merasai suatu pengalaman baru yang menginsafkan.

Demikian juga yang diaIami oleh pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Farid Kamil yang mengakui, dia mendapat sebahagian pengalaman yang tak ternilai pernah dilaluinya ketika di pnjara.

” Saya dapat bangun solat tahajud dan khatam Al-Quran dalam masa sebulan.

” Itu adalah antara perkara yang tak pernah saya buat dalam hidup tetapi dapat dilakukan ketika berada dalam pnjara,” kata Farid Kamil.

Farid yang juga suami kepada aktres Diana Danielle, dalam keadaan bebas seperti sekarang pun, belum tentu kita ada peluang untuk melakukan semua itu.

Terdahulu, Farid ketika ditemui bersikap terbuka dan tenang berkongsi pengalamannya selama berada di dalam pnjara.

” Secara umumnya, dalam setiap kebaikan, ada kebrukan. Pengalaman ketika berada di sana (pnjara) adalah perkara baru yang sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata.

” Apa yang menarik, saya berpeluang menilai diri. Selain itu, saya juga diterima dengan sangat baik oleh mereka (banduan) yang berada di sana. Ia membuatkan saya terharu.

” Mereka tahu dan mengenali saya. Di sana, mereka beri sokongan kepada saya untuk jangan mudah jatuh, tetapi bangun semula dan teruskan berlari,” katanya.

Tambah pengarah filem Remp-It dan Remp-It 2 itu lagi, pada awalnya, dia membayangkan situasi di dalam pnjara adalah sama seperti sering ditonton dalam filem.

” Pada peringkat awal, saya membayangkan situasi di dalam pnjara adalah seperti apa yang pernah ditonton dalam filem Hollywood. Namun, realitinya sangat berbeza,” katanya.

Mengulas mengenai tempoh hkuman dilaluinya, Farid memaklumkan bahawa hkuman pnjaranya untuk peringkat awal kini sudah selesai .

Menurutnya, dia mahu kes itu diselesaikan dengan cara baik dan secepat mungkin.

” Secara keseluruhannya, setakat ini saya sudah menghabiskan tempoh hkuman selama dua bulan setengah di dalam pnjara dan masih perlu selesaikan dua baki pertuduhan lagi.

” Sekarang, mhkamah sudah menggugurkan tiga pertuduhan terhadap saya. Kini, hanya tinggal dua lagi pertuduhan iaitu menghalang tugas polis dan juga berkelakuan tidak sen0noh,” katanya.

Ditanya juga mengenai status kesnya, Farid memaklumkan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi Putrajaya.

” Saya masih lagi menunggu keputusan daripada pihak mhkamah dan tarikh pun belum ditetapkan. Mereka akan maklumkan apabila semuanya sudah selesai.

” Kes saya mengambil masa lama kerana sudah beberapa kali bertukar peguam dan kalau boleh, saya mahu ia semuanya diselesaikan dengan cara baik.

” Saya tak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya.

Pada 15 Mei tahun lalu, Mjistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hkuman pnjara sembilan bulan terhadap Farid selepas memilih untuk berdiam ketika diperintahkan membela diri.

Selepas dijatuhkan hkuman, Farid terus dihantar ke pnjara apabila mhkamah menolak permohonannya untuk penangguhan.

Namun selepas 35 hari ditahan di Pnjara Kajang, Farid dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya selesai.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Ramai Bnduan Kenal Dia Dan Ini Yang Terjadi Kepadanya”-Farid Kamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*