Ramai Tak Sangka Siapa Sebenarnya Ronan Keating Yang Berduet Dengan Bunga Cinta Lestari Sabtu Ini

Meski telah kehilangan insan tersayang seminggu lalu, namun Bunga Citra Lestari (BCL) tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Perkara itu disahkan BCL untuk muncul di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating pada Sabtu ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky, BCL telah membuat keputusan untuk kembali selepas seminggu arw4h suaminya, Ashraf Sinclair meningg4l dunia akibat ser4ngan jantung.

“Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduk4, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu,” katanya seperti dipetik Tribun News.

Difahamkan, BCL akan berkolaborasi dengan Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat.

Terdahulu, Ashraf,40, meningg4l dunia pada 18 Februari lalu akibat ser4ngan jantung.

Allahyarh4m telah dikebvmikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, BCL dan seorang anak lelaki, Noah, 10 tahun.

Siapa Sebenarnya Ronan Keating

Ronan Keating (lahir 3 Mac 1977 di Dublin) merupakan penyanyi kelahiran Ireland yang pernah menjadi ahli sebuah kumpulan pemuzik Boyzone. Kumpulan tersebut kemudiannya berpecah dan Ronan Keating antara yang awal mengeluarkan album single. Antara lagunya yang terkenal ialah “When You Say Nothing At All” dan “Life is a Roller-coaster

Foto/Sumber : Instagram BCL, Tribun News via Wikipedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press

Be the first to comment on "Ramai Tak Sangka Siapa Sebenarnya Ronan Keating Yang Berduet Dengan Bunga Cinta Lestari Sabtu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*