Ada apa-apa ke?’

KUALA LUMPUR: Komen ditinggalkan pelakon Azlee Khairi pada status dimuat naik Zara Zya di Instagram (IG) membuatkan peminat teruja melihat hero dan heroin drama Seadanya Aku ini, bercinta di dunia nyata.

Spekulasi tercetus tiga hari lalu, apabila Zara yang sebelum ini putus tunang dengan Hafreez Adam, memuat naik foto dengan keterangan berbunyi:

“Kalau diberi pilihan, apa yang awak nak sangat dalam hidup awak?’

Entri itu kemudian mendapat perhatian Azlee yang meninggalkan komen ‘nak hidup dengan awak di luar lokasi’.

Kenyataan Azlee itu menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminat hingga lebih 4,000 tanda ‘like’ dengan lebih 300 komen dilihat pada entri berkenaan.

Komen balasan Zara yang menyebut gandingannya dalam drama Seadanya Aku siaran TV3 itu ‘demam’ gara-gara kenyataan dibuat, bagai menyerlahkan kemesraan mereka.

Namun, rata-rata peminat menyokong dan mendoakan pasangan itu yang mula digandingkan dalam drama Love You Mr Arrogant, benar-benar ‘disatukan’ di luar set.

Namun, ada netizen mempersoalkan status Azlee yang sudah berkahwin.

Azlee yang memenangi trofi Pelakon Drama Lelaki Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 pernah mendedahkan dirinya masih suami orang, ketika mengulas gosip rumah tangga dengan wanita berasal dari Brunei, musnah.

Dalam kenyataannya kepada BH Online, November lalu, Azlee dilaporkan berkata, dia dan isteri terpaksa berjauhan selepas membuat keputusan untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Zara pula kembali solo selepas ikatan pertunangannya dengan pelakon Hafreez yang diikat pada 12 Oktober lalu, terlerai sebulan kemudian.ko

Zara dan Azlee pernah digosip bercinta ketika digandingkan dalam drama Love You Mr Arrogant pada 2014.

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Shell Ya. Terima Kasih Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press.

Be the first to comment on "Ada apa-apa ke?’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*