SELEPAS KELUAR PENJ4RA DIKATAKAN RUMAHTANGGA FARID KAMIL BERSAMA DIANA DANIELLE BERGOYANG. INI JAWAPAN FARID KAMIL

Pelakon Datuk Farid Kamil menafikan desas-desus yang mendakwa hubungannya dengan isteri, Diana Danielle sudah berantakan.

Kata Farid, Diana merupakan tulang belakangnya yang sentiasa ada walau dia ditimpa musibah berkali-kali.

“Untungnya Saya Ada Diana Danielle” – Farid Kamil Nafi Rumah Tangga Berantakan!

Sebenarnya tiada apa yang berlaku, ia tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Diana sangat menyokong saya dari awal kenal, berkahwin sampai saya ditimpa malap3taka. Dia masih bersama dengan saya.

“Sesungguhnya dia dan anak-anak menjadi kekuatan saya untuk menghadapi masa-masa mendatang.

“Sukar untuk saya terjemahkan betapa beruntungnya saya memiliki Diana,” katanya kepada Gempak.

Farid yang ditemui pada majlis pelancaran Sifu International Enduro Championship 2020 dan treler Remp-it 2 di Route 77 Harley Davidson Kuala Lumpur baru-baru ini melihat situasi yang dilaluinya daripada sudut positif.

“Saya mengaku hvkvman dilalui menerbitkan perasaan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh.

“Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya.

“Saya kena lalui detik menc3maskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” tambahnya.

Pada 15 Mei tahun lalu, Farid dikenakan hvkvman penj4ra sembilan bulan oleh Mahk4mah Maj1stret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dad4h jenis g4nja Tetra Hydro-cannibol (T H C).

Selepas menjalani hvkvman di Penjar4 Kajang selama 35 hari, Farid dibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.

Farid bagaimanapun perlu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport diserahkan ke m4hk4mah sehingga kes selesai.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "SELEPAS KELUAR PENJ4RA DIKATAKAN RUMAHTANGGA FARID KAMIL BERSAMA DIANA DANIELLE BERGOYANG. INI JAWAPAN FARID KAMIL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*