“Tiada Lagi Mesej Daripada Ayah.” Farahdhiya Rasa Hidupnya Kosong Selepas Pemergian Ayahnya.

Tiada lagi pesanan melalui telefon bertanya bila mahu pulang, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya terasa hidupnya kosong selepas pemergian ayah tercinta.

Penyanyi Bertakhta Di Hati itu mengaku dia seperti hil@ng arah dan sentiasa merindui detik bersama arw@h.

”Arw@h selalu menghantar mesej bertanya di mana saya berada, bila mahu pulang dan macam-macam lagi.”

“Ayah selalu berpesan jangan balik lambat sangat… Sekarang semuanya sudah tiada. Saya rasa hidup ini kosong. Saya jadi ‘l0st’ dan hil@ng tempat bermanja,” katanya kepada BH Online.

Pada 9 Januari lalu, bapa Farahdhiya, Mohd Amin Zubir, 68, menlnggal dunia di sebuah pusat perubatan, di sini, pada jam 11.55 pagi.

Allahyarham menghidapi m@salah S3katan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyaklt paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya dipercayai akibat tab!at merok0k, sejak lima tahun lalu.

Farahdhiya berkata, ayah selalu menjadi ‘teman borak’ di mana mereka akan bercerita mengenai pelbagai perkara.

“Macam-macam hal kita kongsi termasuk mengenai sesiapa yang saya baru kenali.”

“Arw@h tidak lupa nasihat agar saya tidak ters!lap langkah dalam membuat keputusan. Malah, saya akan rujuk dia sebelum mengambil apa-apa tlndakan,” katanya.

Farahdhiya mengaku dia dan ayah tidak pernah berenggang. Sehubungan itu, dia tidak kisah jika digelar ‘anak bapa’ dalam kalangan keluarga.

“Sebenarnya, sukar untuk saya menerima takdir tertulis ini. Namun, saya reda. Saya berdoa agar Tuhan permudahkan segala-galanya untuk saya teruskan hidup ini tanpa ayah.”

“Saya hil@ng tempat bergantung dan mengadu… Dialah nyawa saya selama ini,” katanya.

Teman baik Datin Rabecca Nur Al Islam dan Fasha Sandha ini mengaku sangat rindukan arwah.

“Setiap kali saya bangun tidur, saya terus menuju biliknya. Kalau sebelum tidur, saya mesti jumpa ayah.”

“Kalau saya tidak bekerja atau terikat dengan urusan seni, sepanjang masa saya akan duduk bersama ayah dan memasak untuknya.” katanya yang berusaha seboleh mungkin menyajikan hidangan diminati ayah ketika hayatnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: bharian

Be the first to comment on "“Tiada Lagi Mesej Daripada Ayah.” Farahdhiya Rasa Hidupnya Kosong Selepas Pemergian Ayahnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*