Dah 2 Tahun Bercerai, Fendy Caliph Busker Jelaskan Kenapa Baru Sekarang Baru Nak Umum

TIADA angin tiada ribut, ahli kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun dan Nadira Rubina mendedahkan mereka sudah berpisah sejak dua tahun lalu.

Menurut Fendy, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu masalah peribadi itu dicampur aduk dengan kerjaya mereka.

“Bukan sengaja nak rahsiakan perkara ini. Kami masuk industri bukan dirancang dan tidak jangka pun akan menjadi artis.

Fendy mendedahkan perkara tersebut di Instagramnya.

“Bila dah jadi artis ini, kami jalani kehidupan dengan hati terbuka kerana ia rezeki sebab itu tak nak campurkan masalah peribadi dengan kerja.

“Apabila terjadinya perpisahan dua tahun lalu, kami berdua bersepakat untuk tidak memberitahu kepada umum kerana kami berfikiran ketika itu perkara terlalu peribadi.

“Jadi, tidak perlu diceritakan kepada orang lain sebab tujuan kami masuk dalam industri ini pun untuk mencari kerja dan rezeki,” katanya kepada mStar.

Fendy yang juga pemain dram kumpulan itu memuat naik pendedahan tersebut di Instagramnya pada Ahad.

Pasangan ini berkahwin pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu sudah tiba waktunya untuk berkongsi mengenai perpisahan tersebut memandangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan baru.

“Sudah tiba masa, kena terima hakikat masing-masing perlu cari kebahagiaan dan jalani kehidupan berbeza. Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

“Bila kami keluar dengan orang lain, takut jatuh fitnah pula sebab orang masih ingat kami suami isteri. Benda itu akan menjadi satu isu besar dan orang mengata kami curang.

“Jadi, sekarang masa yang sesuai dan cukuplah untuk kami simpan rahsia ini supaya tidak timbul sebarang f1itnah yang bukan-bukan,” ujarnya.

Selain Fendy dan Nadira, Caliph Buskers dianggotai olehi Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.

Caliph Buskers ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang berstatus kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cac4t penglihatan Kumpulan ini ditubuhkan pada 2014 dengan barisan ahli kumpulan terdiri daripada Zaki Ismail (Bassist), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (Guitarist), Khairul Azmi Saat (Vocalist/Keyboard) dan Nadira Rubina (Shaker).

Bermula dengan mencipta nama sebagai penyanyi jalanan di sekitar ibu kotaCaliph Buskers pertama kali mendapat perhatian umum sebaik sahaja membuat kemunculan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dengan menyanyikan lagu “Romancinta” nyanyian asal kumpulan Mojo, sekaligus muncul sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Sumber : Mstar Online

Be the first to comment on "Dah 2 Tahun Bercerai, Fendy Caliph Busker Jelaskan Kenapa Baru Sekarang Baru Nak Umum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*