Saya Harus Menjaga PrIvasi Sahabat” Azza Dedah Individu AsIng Desak Minta Maklumat PerIbadi Abby Abadi

Pelakon dan penyanyi Azza Elite mendedahkan bahawa terdapat individu yang seolah-olah mendesaknya untuk memberikan maklumat peribadi mengenai sabahatnya, Abby Abadi.

Menurut Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 41, individu berkenaan tidak berhenti daripada memintanya untuk berkongsi nombor telefon peribadi Abby biarpun mesej tersebut tidak dibalasnya.

“Nak jawab tak nak? Apo kakak, dengan kita sibuk meniaga, masa ni lah nak minta nombor telefon. Tahu tak, masa saya dengan keluarga pun kadang-kadang kurang ni pulak nak menjawab mesej.

“Saya juga harus menjaga privasi sahabat saya. Jangan suka-suki nak bagi nombor telefon orang. Yang penting ‘Sila Jawab’ tu ku tak tahan.

“Maaf kak, saya tak boleh bagi kecuali dengan keizinan tuan punya badan. Saya lebih kenal sahabat saya, saya rasa tak perlu bagi,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Azza turut berkongsi paparan mesej individu yang tidak dikenalinya itu menerusi entri tersebut.

Menerusi paparan mesej tersebut, individu berkenaan tidak putus-putus menggesa Azza untuk memberikan maklumat yang diminta.

Begitupun, perkongsian Azza itu kemudian mendapat respons Abby sendiri.

“DM (Direct Message) saja pun boleh sebab Abby Abadi tak suka cakap di telefon @azzaelite,” tulis Abby di ruangan komen.

Pada masa sama, ramai juga yang bersetuju agar maklumat peribadi termasuklah nombor telefon tidak dikongsikan kepada orang lain sebelum mendapat kebenaran.

“Kena tanya tuan badan, tuan badan izinkan, baru bagi. Kalau saya, saya bagi nombor telefon orang yang bertanya kapada tuan badan, terpulang pada dia nak berhubung atau tak,” tulis salah seorang pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di

Be the first to comment on "Saya Harus Menjaga PrIvasi Sahabat” Azza Dedah Individu AsIng Desak Minta Maklumat PerIbadi Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*