Ke Tepi Remy Ishak, Now Masa Untuk Hot Daddy, Rashidi Ishak!” – Peminat

Gara-gara trendingnya drama bersiri, Kampung People, semua pelakon utamanya mendapat tempias populariti cerita yang lain dari lain itu, termasuklah pelakon senior Rashidi Ishak. Malahan sejak lakonannya yang menjadi itu, bakat Rashidi kembali dipandang oleh penonton-penonton. Lebih menarik, ada yang menyatakan ini adalah masa terbaik untuk Shidi mendapat watak yang lebih berkarektor bagi kerjayanya. 

Faktor usia bukanlah penghalang kerana fizikalnya yang masih mantap mampu mengalahkan pelakon muda sedia ada.

Twitter

Bukan itu sahaja, ada antara komen warganet di laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter yang menyatakan Rashidi Ishak sepatutnya lebih menonjol berbanding pelakon lelaki berkarektor Remy Ishak.

Malahan, dengan kembalinya Rashidi dalam arena lakonan, ia mengimbas kembali peminat kepada wataknya yang juga kelakar dalam Mami Jarum serta kumpulan Muzik Dead Mushroom satu ketika dahulu.

Memiliki ketiga-tiga saluran media sosial tidak membuatkan dia terlalu sibuk dengan memuatnaik gambar baru sahaja, malah Rashidi dilihat banyak berinteraksi dengan komen-komen yang ditulis oleh para peminatnya. Selebihnya mereka sendiri yang menyambung ayat yang dituturkan dalam drama Kampung People itu.

Nampaknya, rezeki mereka kerana drama ini menjadi fenomena dan sentiasa dinantikan aksi-aksi keluarga kelakar ini. Semoga Rashidi Ishak semakin maju dalam dunia lakonan ini. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Be the first to comment on "Ke Tepi Remy Ishak, Now Masa Untuk Hot Daddy, Rashidi Ishak!” – Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*