RAMAI LELAKI AKAN MENANGIS DI BUCU KATIL KERANA MIRA FILZAH SUDAH ADA PASANGAN. MIRA FILZAH TAMPIL BERI PENJELASAN

Mira Filzah, cantik berbakat baik hati. Memang ciri ciri seorang isteri yang diidamkan ramai lelaki. Sebelum ini banyak lelaki yang digossipkan dengan mira filzah seperti Zizan dan Remy Ishak tetapi semuanya hanyalah gossip. Tetapi adakah semua akan berakhir dengan kenyataan ini.

MIRA FILZAH MUNKIN DAH ADA PASANGAN?

PELAKON dan pengacara terkenal, Mira Filzah mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Bagaimanapun, Mira, 26, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, masih terlalu awal untuk dia berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu,” katanya ringkas.

Mira yang juga pelakon drama Adellea Sofea yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3 berkata, ini bukan kali pertama dia ditanyakan perkara sebegini.

“Buat masa sekarang, saya selesa berkongsi soal kerjaya saja. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mira berkongsi khidmatnya sebagai pengacara Nona diteruskan pada tahun depan.

Terdahulu, Harian Metro mendapat mesej peribadi (DM) daripada seoarang peminat di Instagram @myhmrap yang berkongsi mengenai hubungan Mira dengan lelaki itu.

Sumber : Harian Metro Online

Be the first to comment on "RAMAI LELAKI AKAN MENANGIS DI BUCU KATIL KERANA MIRA FILZAH SUDAH ADA PASANGAN. MIRA FILZAH TAMPIL BERI PENJELASAN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*