Cleopatra Ditudüh Penyebåb Syed Saddiq Săkit Perüt Toloñg Henti Fitnáh Saya

8Sejak kebelakangan ini, dirinya juga dikaitkan dengan menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, nama Cleopatra seolah-olah tak berhenti menjadi bualan warganet.

Ada sahaja yang tidak kena dilakukan yang mendapat perhatian seterusnya menjadi kutukan sana sini. Kasihan pun ya juga!

Terbaharu, Cleopatra, 25 menulis di Instagram miliknya, meinta agar orang ramai berhenti memfitnah dirinya.

Ini apabila ada di kalangan warganet yang mengaitkan kesihatan YB Syed Saddiq yang mengalami masalah apendiks adalah berpunca daripada Cleopatra.

Macam lucu pun ada, tapi itulah yang berlaku. Macam-macam yang dikatakan terhadap wanita ini.

“Sila berhenti untuk memfitnah saya. Kesihatan YB tidak ada kaitan dengan masakan saya.

“Fokus isu rakyat bukan fitnah yang tidak masuk akal,” kata wanita ini di IG.

Dalam pada itu, dia turut memuat naik screenshot pengguna Twitter yang berkata,

“(Syed Saddiq) selepas merasa masakan Cleopatra” sambil mengaitkan masalah kesihatan yang dialami menteri itu berpunca daripada masakan wanita ini.

Para pengikut IG miliknya turut menyokong tindakan Cleopatra dan menganggap ramai yang busuk hati kepadanya.

Apa pula pendapat anda?o

 

Be the first to comment on "Cleopatra Ditudüh Penyebåb Syed Saddiq Săkit Perüt Toloñg Henti Fitnáh Saya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*