Penat Jaga Hati Orang Tiz Zaqya Akuai Kembali Solo.. h

Pasti ramai mengetahui sebelum ini pelakon Tiz Zaqyah sering berkongsikan fotonya bersama kekasih Syed Hafiz sejak mula bercinta pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun, Tiz mengakui sudah putus cinta dengan jejaka itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Tiz hubungan dengan kekasihnya itu berakhir kerana tiada persefahaman. Akui sedih hubungan cinta yang dibina terputus ditengah jalan, namun Tiz menganggap tiada jodoh antara mereka untuk sampai ke jinjang pelamin.

BACA: Tiz Zaqyah Tayang Kekasih Baru, Bakal Kahwin?

Penat terpaksa jaga hati dan perasaan orang lain. Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin. Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan?”
Meskipun beberapa berdepan kegagalan dalam bercinta, Tiz berkta dia tidak serik untuk bercinta lagi dan mahu membuka buku baru. Namun, Tiz berkata buat masa ini dia mahu fokus dalam bidang lakonan selepas berehat lama sebelum ini.

“Saya tidak serik untuk bercinta lagi selepas ini. Pada masa sama, saya juga terbuka untuk berkawan dengan orang lain dan mahu buka buku baru,” katanya.

Terdahulu, Tiz juga pernah bercinta dengan seorang jejaka bernama Daniel Haziq namun hubungan itu juga putus di tengah jalan tidak lama dulu.

Be the first to comment on "Penat Jaga Hati Orang Tiz Zaqya Akuai Kembali Solo.. h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*