Wang Hantaran RM77,777.77, Pelakon Baru Popular Farah Nabilah Sah Bergelar Isteri Juruterbang

” Alhamdulillah, perkahwinan ini menjadi permulaan fasa dan tanggungjawab baharu untuk saya serta suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.

” Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, angka tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah selepas majlis akad nikah.

Demikian kata-kata aktres terkenal, Farah Nabilah, 27 yang selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 semalam.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi.

Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pada majlis itu, pasangan pengantin tersebut memilih untuk menyarungkan rekaan daripada Rizalman serta solekan oleh Khir Khalid.

Majlis khatam Al-Quran dan resepsi bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu manakala majlis di sebelah lelaki pula akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember.

Selepas itu, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari 2020.

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Farah dan Amirul juga menjadi pasangan pertama yang dipaparkan di portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular di TV3, Mahligai Cinta yang boleh dilayari menerusi www.mahligaicinta.com.my mulai November ini.

Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.

” Hubungan saya dan Amirul sebenarnya terjalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan urusan seni, manakala dia pula menjalankan tugas sebagai juruterbang. Jadi, selalu juga dia perlu berada di luar negara.

” Hanya kepercayaan dan kesetiaan terhadap satu sama lain yang mengukuhkan percintaan kami berdua,” katanya yang turut ditunangkan dengan pasangannya pada majlis sama.

Mereka bakal diraikan dalam dua majlis resepsi, masing-masing esok dan 28 Disember. Pasangan berkenaan juga sekali lagi akan diraikan dalam majlis berbeza, 5 Januari depan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit : mstar dan bharian

Be the first to comment on "Wang Hantaran RM77,777.77, Pelakon Baru Popular Farah Nabilah Sah Bergelar Isteri Juruterbang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*