Eizlan Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Natasha Rosa

Datuk Seri Eizlan Yusof 48, akhirnya selamat bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.28 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

BACA: Eizlan Yusof Bakal Nikah Gadis 29 Tahun Disember Ini

Pada majlis itu, pengantin perempuan yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90. Natasha turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Majlis resepsi pasangan mempelai bakal diadakan di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya, jam 8.30 malam esok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih Jom Like Page Siakap Keli Press.

 

Be the first to comment on "Eizlan Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Natasha Rosa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*