Cukup-Cukuplah Drama Cinta.” Fattah Amin Bersikap Selektif Dalam Menerima Tawaran Berlakon.

Tiada apa lagi yang perlu dikejar jejaka ini. Populariti dan kebahagiaan tersimpul kemas dalam genggaman aktor kacak, Fattah Amin, 29. Hakikatnya, catatan hidupnya sebagai seorang ‘hero’ belum lagi tvmbang.

Memilih untuk memperlahankan lakonan drama selepas mendirikan rumah tangga juga bukan bermakna populariti pelakon Hero Seorang Cinderella itu semakin tvmpul.

Sebaliknya, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin mahu mencorak perjalanan kerjayanya supaya tidak dilihat sama sahaja atau ‘stere0type’. Dia tidak mahu dilihat hanya mampu melakonkan watak dalam naskhah cinta.

Bukannya bosan, sebaliknya suami kepada aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 36, ini mahukan karakter yang lebih menguji diri. Watak lelaki diulit dunia percintaan sudah enam tahun berada dalam genggamannya.

Jika sudah tidak popular, masakan Fattah tetap menjadi pilihan peminat hingga diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Edisi Ke-32 (ABPBH 32), baru-baru ini.

“Saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon ‘stere0type’. Rasanya, sudah cukup saya tampil dengan drama yang mengusik hati.”

“Bukan tiada tawaran, sebaliknya saya lebih selektif. Saya pastinya takkan melepaskan tawaran sekiranya watak dan kisah yang dipaparkan berbeza.”

“Saya tahu penonton sukakan drama cinta yang membuai jiwa, tetapi sampai bila? Sebagai pelakon, saya mahukan karakter yang lebih menguji lakonan.”

“Saya tidak mahu mengambil watak sama. Mungkin saya hanya menerima tawaran satu drama setahun. Tahun ini, saya hanya muncul dalam drama Cetera Hati Diya siaran TV3. Saya mahu membuktikan saya mampu membawa watak yang berlainan.”

Mula diperkenalkan menerusi drama Memberku Hawa pada 2013, Fattah berkata, dia kini memilih untuk ber4ksi di layar perak selepas filem KL Special Force, yang ditayangkan Mac tahun lalu, mendapat sambutan hangat.

“Wajah saya mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, tetapi saya lebih memberikan tumpuan dalam dunia perfileman. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan penggambaran tiga filem, Mat Kilau, Deleted dan Mimaland, tahun ini.

“Sepatutnya, saya turut menjalani penggambaran sebuah filem bergenre 4ksi terbitan secara usaha sama produksi Malaysia dan Mongolia, hujung tahun ini, tetapi ia ditangguhkan ke awal tahun depan.

“Insya-Allah, saya akan membintangi beberapa filem lagi, pada 2020. Jadi, istilah mengatakan saya sudah tengg3lam tidak betul,” katanya.

Fattah berkata, di sebalik kejayaan seorang lelaki, tentu ada wanita istimewa di sisinya. Begitu juga perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya.

“Dahulu, saya seorang yang sangat pemalu dan pendiam, namun sekarang ada sedikit perubahan. Isteri menjadi inspirasi untuk saya berubah.”

“Saya dan Fazura saling melengkapi selepas dua tahun berkahwin. Alhamdulillah, kami baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 November lalu.”

“Kami saling mengenali dalam tempoh setahun bercinta dan dua tahun melayari bahtera perkahwinan. Saya kenal baik bvruk dan luar dalam isteri. Bagi saya, ia adalah detik yang sangat indah.”

“Dalam perjalanan ini, pasangan suami isteri harus bert0lak ansur dan faham memahami supaya tidak timbul kep1ncangan dalam rumah tangga,” katanya.

Fattah berkata, dia tahu ada yang mengatakan detik percintaan dan selepas mendirikan rumah tangga adalah berbeza.

“Saya tidak sangka isteri seorang yang penyayang dan pemurah hati apabila kami duduk serumah. Sebelum berkahwin, saya tahu isteri seorang pemurah, tetapi apabila duduk serumah, sikapnya lebih ketara.”

“Fazura suka membantu orang dan semangat menghulurkan pertolongan sangat luar biasa. Dia tidak boleh melihat orang yang disayangi atau kawan rapat dalam kesusahan,” katanya.

“Walaupun Fazura dianggap sebagai bintang, sikapnya tidak seperti bintang ketika di rumah. Fazura rajin memasak. Saya paling suka sambal udang, sayur kailan ikan masin dan telur goreng hasil air tangannya. Hari-hari masak lauk sama pun saya okay,” katanya.

Kongsi Fattah lagi, sebagai suami, dia tidak pernah mengambil kesempatan.

“Saya turut membantu apa yang patut bagi meringankan beb4nan isteri membuat kerja rumah.”

“Kami tiada pembantu rumah, jadi kerja rumah dilakukan bersama-sama. Saya dan Fazura tidak suka rumah bersepah,” katanya.

Akui Fattah, b0hong jika mereka tidak pernah berm4sam muka sepanjang dua tahun hidup bersama.

“Kalau tidak berg4duh ‘manja’, saya takkan kenal pasangan. Saya tidak tahu apa yang dia suka dan sebaliknya.”

“Apabila Fazura m4rah dan mer4juk, saya tahu dia tak suka, jadi jangan buat lagi. Fazura tidak suka rumah bers3lerak dan c4mpak baju merata-rata.”

“Fazura juga seorang yang ringkas dan tidak suka bersiap lambat. Dia hanya akan mengambil masa lebih lebih untuk bersiap apabila perlu menghadiri acara tertentu,” katanya.

Soal zuriat, Fattah berkata, dia dan Fazura sudah bersedia menimang cahaya mata. Cuma, belum ada rezeki untuk mereka menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.

“Saya dan Fazura tidak pernah merancang atau masih dalam tempoh bulan madu. Kami berserah kepada Allah dalam soal rezeki menimang anak.”

“Kami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata, pada bila-bila masa. Doakan kami,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: bharian

Be the first to comment on "Cukup-Cukuplah Drama Cinta.” Fattah Amin Bersikap Selektif Dalam Menerima Tawaran Berlakon."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*