Aku Speaking Ikut Cara Aku Lah..Lantak!” – Azah Aziz Berang Dikecam Tak Mahir Bahasa Inggeris Walau Duduk Kanada

Pelakon terkenal era 90-an, Azah Aziz berang apabila terdapat individu yang mengkritik dirinya yang gagal bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik walaupun tinggal di luar negara hampir dua dekad.

Azah atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, 46, meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Kau ni tak ada kerja ya? Komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke. Aku cakap bahasa Perancis nanti kau kata aku berlagak, nanti kau tak faham pulak.

“Aku speaking ikut cara aku lah. Lantak..orang Kanada faham pun, pasal kau nak sibuk. Ramai orang Kanada bercakap (Bahasa Inggeris) berterabur gak. Kau tu je yang tak pernah pergi luar negara kot. Konon duduk Malaysia kenalah cakap dan menulis bahasa Inggeris dengan betul,” tulisnya.

Azah turut berkongsi paparan mesej oleh individu yang mengkritik dirinya.

Individu tersebut turut membandingkan Azah dengan pelakon Sharifah Shahirah.

“Saja nak tanya kenapa Kak Azah duduk luar negara berpuluh-puluh tahun tapi masih tak pandai speaking, tatabahasa pun berterabur sana sini letih nak kutip.

“Terbalik pula dengan Sharifah Shahirah. Dia tak ada pula duduk luar negara, daripada dulu meringkuk aja dia kat rumah belakang zoo negara tu, tak pernah dengar dia pindah Paris ke Kanada ke, tapi pandai pula dia speaking,” tulis individu berkenaan.

Perkongsian Azah itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang meminta agar Azah tidak mengambil endah dengan apa yang diperkatakannya.

Bahkan, aktres Sharifah Shahirah turut menyifatkan tindakan individu berkenaan membandingkan dirinya dengan Azah sebagai satu perkara yang mencuit hati.

“Apoo..tu pun jadi isu. Kita berlagak je tipu-tipu cakap omputih..hahaha. Dia tertipu dengan kau. Suruh dia duduk dengan keluarga kau. Dia faham ke tidak. Wei kelakar..haha. lawak pepagi,” tulisnya di ruangan komen.

Selain menetap di Kanada, bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 itu juga pernah tinggal di Perancis dan London bersama suaminya Daud Leroy dan tiga anak lelakinya iaitu Aaron, Ryan dan Justin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Aku Speaking Ikut Cara Aku Lah..Lantak!” – Azah Aziz Berang Dikecam Tak Mahir Bahasa Inggeris Walau Duduk Kanada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*