Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi momen manis bersama suaminya, Raqib Majid yang membuat kejutan sempena hari jadinya.
Menurut Tasha, dia tidak kisah mengenai sambutan hari jadi dan tindakan suaminya itu benar-benar membuatkan hatinya tersentuh.
“Semalam tengah iron baju, tiba-tiba my husband datang and wish happy birthday (yang I sendiri pun tak ingat) berserta doa yang panjang untuk si isteri ni. Amin amin amin.
“Dan tiba-tiba dia hulur sampul dan minta maaf sebab tak sempat nak prepare hadiah. I pun cakap it’s totally okay for me sebab ingatan tu lebih priceless.
“Thank you, love. So nampaklah kurang sikit rasa bersalah dia. Mungkin dia ingat I akan sedih tak ada hadiah. Dia tak tahu, I lagi suka kalau tiap tahun dapat sampul berisi macam ni #gurauje #iloveyou
“I was raised in a small family yang tak kisah sangat bab birthday ni. Setiap kali birthday, my mom masak dekat rumah atau makan dekat luar, beli kek kecil, makan sama-sama.
“Kalau ada hadiah, ada lah. Kalau tak ada pun tak ada hal lah. Bagi saya, hari-hari adalah hari jadi, hari-hari kita perlu saling menghargai.
“Itu hadiah paling beerti. And yes, today I’m 27th officially, happy birthday to me.
“P/s: Dalam konon tak kisah, cepat-cepat jugak I simpan sampul ni wakakakaka. Ambil buat berkat org kata,” tulisnya.
Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pada 21 Jun lalu.
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Tengah Iron Baju Tiba-Tiba Dia Hulur Sampul” – Tasha Manshahar Kongsi Momen Manis Suami Buat Kejutan Birthday"