“Ada 3 org bidadari yg cantik…”- Nelydia throwback video tunang, kecantikan Mama juga dipuji…

Pada 6 April lalu, pelakon cantik Nelydia Senrose sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga merupakan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

 

Bagaimanapun, menerusi Instagram Nelydia berkongsikan rakaman video pendek kepada pengikut dan ia merupakan kisah throwback selebriti ini tentang majlis bahagianya.

Menurut Nelydia, ketika waktu dalam video dikongsikan ia adalah acara pertunangan sebelum ke sesi akad nikah. Menerusi video pertama, kedua-dua belah pihak sedang berbalas pantun.

Alhamdulillah dapat jugak merasa…

 

Menerusi video kedua dikongsikan pula, Nelydia yang berada disamping mamanya dikatakan sedang nervous kerana keliru untuk bersalam terlebih dahulu atau menyarungkan cincin.

Masa ni masing-masing…

 

Gelagat selebriti ini dihari bahagia itu menarik perhatian peminatnya namun, apa yang lebih menjadi tumpuan kecantikan mamanya dan Nelydia serta ibu mertua dipuji ramai.

Diruangan komen, rata-rata memuji kecantikan selebriti ini yang juga dilihat sangat berseri-seri dalam perkongsian video dan dalam pada itu, posting berkenaan turut meraih ribuan tanda suka daripada peminat.

Reaksi netizen

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Ada 3 org bidadari yg cantik…”- Nelydia throwback video tunang, kecantikan Mama juga dipuji…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*