Meriah! Stacy Anam Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-29

Penyanyi Stacy Anam telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahirannya di akaun laman sosial

Instagram (IG).Sambutan ulang tahun tersebut telah diadakan pada hujung minggu lalu dan diraikan oleh kelab

peminatnya di Mega Glory Hall, Ostia, Bangi.Majlis tersebut diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-11 Stacy dalam

industri dan menyambut hari lahirnya yang ke-29.

“Alhamdulillah happy birthday to me di event meet and greet anjuran @teamsgs semalam.

“Terima kasih SGS, I sayang uols semua. Semoga ikatan kita menjadi semakin kuat dan paling manang lagi lepas ni, Aaminn.

“Event semalam memang sangat happening, tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada semua yang datang meriahkan majlis semalam,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar kebahagian yang dimiliki oleh keluarga Stacy dan suaminya Akim Ahmad ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Stacy berkahwin dengan suaminya Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang zuriat bernama Eshaal, 2.

Sebelum berkahwin dengan Akim, Stacy mempunyai seorang anak angkat, Bella.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Meriah! Stacy Anam Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-29"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*