Wanita muda kongsi pengalaman mempunyai 5 org Anak seawal usia 25 tahun tp masih cantik.

Dari 2012-2017 Tak Pernah Berhenti Beranak’ – Ibu ‘Hot’ Ini Bersyukur Dikurniakan 5 Anak Seawal Usia 25 Tahun

Siapa sangka seawal usia 25 tahun wanita ini mepunyai 5 orang anak yang comel. Dugaan untuk membesarkan anak ternyata mencabar dirinya. Namun ibu cantik ini bersyukur kerana dikurniakan anak yang menceriakan hidup serta dapat menikmati kehidupan sebagai seorang ibu.

Menerusi Fcebook Nieyssa Hashim berkata anak merupakan rezeki kiriman Allah dan percaya bahawa terdapat hikmahnya. Jangan mengeluh apabila menguruskan anak kerana kebahagiaan ini tidak dapat dijual beli apabila dikelilingi anak-anak apabila meningkat tua.

Dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak.

Mommy of 5 little kids.

Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, dari 2012-2017 tak pernah berhenti beranak, selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja. Tak berkawan dengan orang. Hakikatnya bukannya mudah. Semua tak pernah tahu, tak pernah mengerti akan penatnya diri ini.

Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.

Sebab tu bila orang tanya tak penat ka anak ramai, penat tu memang penat. Stress mrah mngamuk tu perkara biasa. Menngis waktu pagi bila kelima-lima anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.

Allah sebaik-baik pemberi.

Tapi lama-lama saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.

Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala-galanya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.

So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress. Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan. DIA sebaik-baik pemberi.

Percayalah hikmah dan kebahagiaan tak dapat dijual beli dikelilingi anak-anak apabila kita meningkat tua.

Antara komen netzen.

Mantain cntik la sebb tengok gaya pun macm org kaya… suaminya mmpu ckupkan segala keperluan die dan ank.. kalau mcm ni pn setiap tahun berank pun xpe… Makan minum semua ckup, ank2 die pun nampk kemas2 dan comey2 jer… Cuba klau miskin setiap tahun berank isteri jdi mak lampir la.. mana ada msa nak cantik3 sibuk uruskn ank2 je.

Jangan sama kan orang lain dengan kau kak…kau duit banyak…anak 10 pun boleh maintain cantik..treatment sampai puluh ribu…yang lain jenis cukup2 makan je…kalau semua orang duit banyak macam kau…aku rase takde lah page nak up cerita kau kak…kannn.

ade bibik urus umah n msk mmg lah cntik…cbe sume kne buat sndri make up ltk mne pun kau xigat dah……lps tu jap g ade lah tu ckp aku jelosss…dh bnde btul lah uoollssss…

duit ada semua leh ckp..beranak 6bulan skli pon xpe..kalau xda duit buat semua sorang2 jaga ank sorang2 a smpai z rupa cantik pon leh jadi cm hantu kak limah.

Alhamdulillah rezeki dia. Suami yag memahami , kewangan yang mencukupi , lengkap semua kelengkapan . Semoga terus dilimpahi rezeki.

Suami labur duit ke isteri , sebab tu dia jadi ibu hot. Berlainan dgn ibu anak 5 lain yg suami xde duit nak bawak g spa salon semua tu , beza banyak. Sebagai contoh tgk je bini aliff syukri tu anak ramai ,bersalin umur dah 30an pun hot. Ko bukan xcantik , ko just xde duit.

Boleh ank rmai… Klo kite mampu… Tampung perbelanjaan….suami kewangan stabil… Mampu… Beri didikan sempurna…..boleh je… Nk anak rmai…x aniaya keperluan anak… X ggu… Persekolahan…. Smpi perlu berhenti sekola… Boleh je…. Ukur baju di badan sendiri….. Masing2 tahu…

Kewangan… ibubapa sling membantu dlm perihal anak2… Xselfish……Mmg x da masalah… Jgn la… Beranak rmai tp aniaya keperluan asas anak….isteri….Tu je….
Family planning kna ad…. Klo mampu boleh….i x kesah…nk ank 10 org pun boleh.

semakin banyak anak semakin awet muda si ibu.. mcm nenek aku 18 org anak.. 8 perempuan 10 lelaki.. skrang umor 90an masih sihat mampu pusing 1 shopping mall ..

Duit ramai takpe la nak beranak tiap tiap tahun pun…nampak gaya macam org have have ni.. Cuba takde duit tgk… Sure dah rupa hantu kak limah ….rambut Tak dan nak sikat.

Beranak ramai duit pon beranak2 bnyk tkpe mmng lah hot. Tk pelik pon.

Jadi seronok anak ramai bila SUAMI main peranan juga. Bukan pandai buat anak shj. Suami blk kerja penat2 pun layan anak, jaga anak while isteri siapkan kerja lain. Ini tak, balik kerja jadi biawak dpn tv ngadap handphone. Anak nangis pun buat pekak badak. Ingt bini duk umah je jaga anak tak penat agaknya. Lepas tu melepak siang mlm dgn membe. Weekend sibuk ride tanggal anak bini. Kau rasa bini mana x jadi hantu kalau dapar suami mcm ni?? Cer kabo??

hidup senang boleh la beranak setahun 2 kali. pastu pegi spa kuruskan badan lps beranak. kalau kaya mcm alep sukeri tu amek anak angkat sedozen pun dia mampu jaga . yg non hado ni kalau anak berderet mmg jadi singa laa.

Sumber: Nieyssa Hasim

Be the first to comment on "Wanita muda kongsi pengalaman mempunyai 5 org Anak seawal usia 25 tahun tp masih cantik."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*