“Adengan Paksa Intan Ciium Tangan Pun Tahan Jer Gelak,” – Zahirah Dedah ‘Susah Giler’ Berlakon Sama Tunang, Bakal Rindu Cvri-Cvri Cinta

Bersempena dengan episod akhir drama Cvri-Cvri Cinta malam ini, pelakonnya, Zahirah MacWilson ada berkongsi sedutan video di balik tabir drama berkenaan yang mengundang tawa di kalangan peminat.

Semuanya gara-gara gelagat lucu dan spontan tunangnya, Aiman Hakim Ridza yang dikatakan tersasul saat menghafal skrip.

Lalu, aktor tinggi lampai itu turut dilihat menyanyi beberapa bait lagu Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain bagi menjayakan babak.,

Situasi tersebut nyata menghiburkan hati Zahirah bersama krew saat babak di dalam sebuah kereta.

“Behind the scenes. Susah gil4 nak tahan gelak sh00t dengan Aiman ni. Ada je buat lawak. Ira tengah pegang phone sbb buka lyrics incase dia lupa haha!

“Time scene Danial ckp dia tak nak anak tu Ber-Bin atau Ber-Binti dgn nama dia.. dia boleh tibe2 ckp “aku tak nak anak tu ber bin atau ber binti dgn… ULTRAMAN”

Dah lah scene serious… aduh.

“Scene dia paksa Intan ciium tangan pun tahaaaaan je gelak .. cm mne Intan tak stress. Anyway, I hope you all enjoyed this drama! Final episode tomorrow! Missing the CCC team!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, para peminat bintang cantik itu turut meninggalkan komen pelbagai. Antaranya;

Terdahulu, drama Curi-Curi Cinta telah mencetuskan fenomena tersendiri sejak ia ditayangkan menerusi saluran Astro Ria di slot MegaDrama bermula hujung April lalu.

Turut sama berlakon di dalam drama rantain berkenaan ialah Fauziah Nawi, Uyaina Arshad, Talha Harith, Adam Lee dan ramai lagi.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Adengan Paksa Intan Ciium Tangan Pun Tahan Jer Gelak,” – Zahirah Dedah ‘Susah Giler’ Berlakon Sama Tunang, Bakal Rindu Cvri-Cvri Cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*