Ronaldo, Cambiasso perkuat pasukan TMJ

JOHOR BAHRU, 4 Okt -- Penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika sidang media selepas Kongres Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini. --fotoBERNAMA(2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang antarabangsa Brazil, Ronaldo akan menyertai pasukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi perlawanan amal di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin 30 Jun ini.

Selain Ronaldo, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) TMJ turut diperkuatkan dengan tiga bekas bintang Perancis – Robert Pires, Claude Makalele dan Florent Malouda.

TMJ yang akan bermain di posisi tengah menyerang juga akan bergandingan dengan bekas pemain tengah Argentina, Esteban Cambiasso dan dua pertahanan dari Itali, Marco Materazzi serta Gianluca Zambrotta.

Beberapa pemain JDT seperti penjaga gol, Farizal Marlias, La’Vere Corbin-Ong, Mauricio Nascimento, Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid turut berada dalam skuad JDT TMJ.

Pasukan JDT TMJ akan berdepan pasukan JDT Rest of the World yang turut dibarisi beberapa legenda bola sepak dunia antarannya Rivaldo, Claudio Caniggia, Edgar Davids dan Bebeto.

Penjaga gol kedua JDT, Izham Tarmizi ditugaskan sebagai penjaga gol JDT Rest of the World selain pemain Harimau Selatan yang lain termasuk Syazwan Andik Ishak, S Kunanlan dan Aidil Zafuan Abd Radzak.

JDT dalam kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers menjelaskan semua legenda bola sepak itu juga akan mengadakan sesi klinik kejurulatihan dan sesi autograf serta peluang merakamkan foto pada 1 Julai ini.

“Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation,” jelas kelab itu.

Kelab itu juga memaklumkan maklumat lanjut mengenai tiket perlawanan amal julung kali diadakan itu akan dinyatakan dalam masa terdekat.

Be the first to comment on "Ronaldo, Cambiasso perkuat pasukan TMJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*