Akhirnya Terbongkar Identiti Lelaki Yg Hina Abam Bocey, Suruh Buat Ujian DNA. Ini Kata-Kata Abam

“ Insya-Allah, selesai urusan anak dan isteri, saya akan pergi jumpa orang itu,” kata pelawak popular yang juga ahli kumpulan Bocey, Abam.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, dia bersyukur kerana ramai orang membantunya dalam usaha mengesan individu berkenaan.

Terdahulu, seorang individu yang menggunakan pengenalan diri Lau Kok Chan dengan status ‘sayangi Allah dan Rasul’ menulis komen meminta pemeriksaan DNA dilakukan terhadap anak sulung Abam sebaik pelawak itu berkongsi berita kelahiran bayi lelakinya di Facebook, kelmarin

Komen dianggap jijik itu membuatkan Abam berusaha mengesan individu berkenaan kerana mahu bersemuka dengannya.

“ Saya ingin berjumpa sambil ngeteh (minum) saja. Lepas itu, nak cium pipi dan tak ada gaduh-gaduh, jangan risau.

” Syukur, ada kawan-kawan yang membantu walaupun akaun Facebook individu itu sudah dipadam. Kawan-kawan bantu beri maklumat dan saya juga yakin individu itu takkan lari ke mana pun,” katanya.

Dalam pada itu berbicara mengenai anaknya, Abam berkata, kini isteri dan anak masih lagi di hospital dan kemungkinan akan dibenarkan keluar esok.

“ Anak sihat, begitu juga dengan isteri saya. Cuma, kami belum lagi meletakkan nama anak. Buat masa ini, kami sekeluarga memanggilnya dengan nama ‘Syed Kecik’ saja. Urusan nama masih dalam perbincangan keluarga,” katanya.

Mengulas mengenai nasihatnya kepada netizen yang rajin menulis komen, Abam berkata, dia bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat kepada orang lain.

“ Kalau boleh ‘cakap jangan menghina, menulis jangan mengeji. Membuat orang senyum lebih baik kerana itu adalah ubat untuk mengubati penyakit. Maafkan saya hamba yang berdosa,” katanya.

Metro Ahad hari ini melaporkan kenyataan Abam bahawa komen individu terbabit adalah satu penghinaan yang sangat dahsyat.

“ Kalau Bukan DNA saya, habis anak siapa? Maaf saya amat tersinggung dengan komen begini. Nak cakap ‘benda’ itu kecil atau kura-kura ke saya tidak kisah sangat, tetapi mempertikaikan status anak ia satu penghinaan. Saya mahu bertemu dengan pak cik ini. Mahu bertemu sangat-sangat,” katanya.

Abam melalui Instagram berkongsi berita gembira isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki Jumaat lalu kepada peminatnya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. ASIA KINI

Sumber: hmetro

Be the first to comment on "Akhirnya Terbongkar Identiti Lelaki Yg Hina Abam Bocey, Suruh Buat Ujian DNA. Ini Kata-Kata Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*