Lelaki Cina menggelupur nampak hantu dalam kereta sampai sebut nama ‘Allah’

Kecoh baru-baru ini di Instagram pelakon Fauzi Nawawi, dengan satu muat naik video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina dalam keadaan tidak keruan keluar daripada kereta sambil menjerit ketakutan.

Menurut maklumat yang diterima, lelaki Cina tersebut dikatakan ternampak sesuatu yang mengerikan di dalam keretanya, sebelum dia bertindak berhenti di tepi jalan untuk meminta pertolongan.

Takut sampai sebut nama Allah, nak pergi masjid…

Kejadian yang berlaku di persimpangan masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdekatan Jalan Duta, menyaksikan keadaan cemas lelaki tersebut sehingga ada yang mendakwa, kedengaran dia menyebut nama Allah beberapa kali.

Malah, kerana terlalu takut dia telah meminta orang awam yang berada di sekitar kawasan itu, membawanya pergi ke masjid dengan segera.

Bersangka, mungkin Allah nak bagi hidayah kat dia

Video tular tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, malah kerana lelaki tersebut menyebut nama ‘Allah’ ada yang beranggapan ia adalah cara hidayah Allah turun kepadanya.

Nampak dia betul2 takut, betul kot nampak hantu

Mungkin yang dia nampak tu malaikat…

Dia nampak apa yang kita tak nampak…

Sumber : Fauzi Nawawi

Be the first to comment on "Lelaki Cina menggelupur nampak hantu dalam kereta sampai sebut nama ‘Allah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*