“Aku peluk dia kuat2…” – 3 tahun tak berjumpa anak & cucu, luahan hati Amy Search cetus pilu

Sebelum ini media telah melaporkan mengenai perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda bersama bapanya, Amy Search serta ibu tirinya, Norish, kini sudah pun berakhir.

Namun ketika ketegangan itu berlaku, dilihat Nabila Huda dan Norish yang banyak berbalas kenyataan, tetapi baru-baru ini Amy Search pula tampil meluahkan apa yang selama ini terbuku di hatinya, sebagai seorang bapa.

Taman hati aku dah dipenuhi bunga…

Menerusi kapsyen muat naik video di IG penyanyi rock tersebut, dia jelas tidak menyangka bahawa dapat bersatu semula dengan anaknya Nabila, atau mesra dipanggil Abil, pada ulang tahun isterinya.

Jelasnya, pertemuannya bersama Abil telah dirancang oleh Norish dan sahabat baik mereka, penerbit Erma Fatima, melihatkan wajah anak serta cucu yang hampir tiga tahun tidak berjumpa, membuatkan hatinya sudah cukup bahagia.

Aku peluk dia kuat2…

Baginya, itulah detik paling indah yang sudah sekian lama dinantikan, sejurus bertemu Abil, Amy berkata, dia terus memeluk erat anaknya itu disusuli dengan linangan air mata.

“Rupa-rupanya hari indah yang aku bisikan pada Allah dah tiba akhirnya. Berderai air mata orang tua ni, aku peluk dia kuat-kuat…”

Aduh bang, meleleh air mata ni…

Membaca luahan hati Amy Sercah, mengenai pertemuanya bersama Abil, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak dan bahagia melihat keluarga penyanyi itu sudah lengkap semula.

Semoga yang baik2 untuk keluarga Amy

Syawal menyatukan semua…

Kita pun menangis beb…

Sumber : Amy Search

Be the first to comment on "“Aku peluk dia kuat2…” – 3 tahun tak berjumpa anak & cucu, luahan hati Amy Search cetus pilu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*