Wanita ini menjual sate di Denmark dan hasil jualannya pernah mencecah 600 cucuk sate sehari

Sate merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman! Siapa sahaja yang tak sukakan sate yang dihidangkan bersama nasi impit, kuah kacang yang enak dan juga timun.

Terdapat pelbagai jenis sate yang boleh didapati di Malaysia seperti sate ayam, daging, perut, kambing dan bermacam-macam lagi…

Facebook

Namun begitu, jika anda rasa sate hanya boleh didapati di negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, anda salah! Hal ini kerana di Copenhagen, Denmark, terdapat sebuah kedai yang berkonsepkan kontena telah dibuka dikenali sebagai Satay Copenhagen.

Pemilik yang mengendalikan kedai sate berkenaan adalah seorang wanita warganegara Malaysia bernama Maslina Mahi. Maslina, 46 tahun merupakan anak kelahiran Sarawak tetapi dibesarkan di Kedah.

Facebook

Memetik kenyataan daripada World of Buzz, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sangat meminati bidang masakan dan mengambil peluang untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual makanan tempatan Malaysia di negara tersebut.

Facebook

Maslina diberikan kontrak selama setahun untuk membuka kedai sate di sebuah pusat jualan makanan yang terletak di Reffen. Pusat makanan ini dibuka 7 hari seminggu dan sangat terkenal dalam kalangan para pelancong serta warga tempatan. Apa yang menariknya, kawasan ini menempatkan lebih daripada 40 buah trak makanan dan Maslina merupakan satu-satunya orang Malaysia yang dibenarkan untuk berniaga di kawasan itu!

Menurut laporan The Star, Maslina mengambil keputusan untuk menjual sate dan bukannya sajian tempatan lain seperti nasi lemak atau roti canai.

Facebook

“Saya memilih sate kerana saya rasakan ia adalah tawaran yang memuaskan dengan rasa antarabangsa. Rasa sate boleh diterima oleh individu daripada pelbagai bangsa dan umur seluruh dunia memandangkan bahan utamanya adalah daging”.

Maslina turut mengongsikan betapa terujanya dia apabila menerima kunjungan daripada beberapa pelanggan Malaysia yang ingin memberikan sokongan kepada perniagaan tersebut.

Facebook

“Mereka bangga apabila mengetahui tentang premis kecil yang menjual makanan Malaysia di tengah-tengah Copenhagen,” kata Maslina lagi.

Bagi menarik lebih ramai pelanggan, Maslina turut rajin mempromosikan sate jualannya dengan menggalakkan pelanggan yang tidak pernah merasai sate untuk mencuba secara percuma. Jelasnya, majoriti pelanggan Asia memuji daging sate yang dijualnya manakala pelanggan tempatan pula menggemari kuah kacang.

Jadi, bagi memuaskan kehendak para pelanggan tersayang, Maslina telah mengubah sebahagian menu seperti menggantikan ketupat dengan sayur salad…

Terdapat tiga pilihan set menu yang ditawarkan di Satay Copenhagen yang dihidangkan bersama kuah kacang buatan sendiri, timun dan juga ketupat. Set berkenaan adalah empat, enam dan 10 batang sate yang berharga di antara RM37 hingga RM62.

Facebook

Selain dari sate, Maslina turut menjual sajian Malaysia lain seperti kari laksa dan nasi ayam. Namun hidangan ini hanya dijual pada waktu-waktu tertentu sahaja…

“Pada hari-hari biasa, saya boleh menjual sehingga 300 cucuk sate dan jumlah ini boleh meningkat sehingga 600 sate sehari terutamanya pada musim panas dan musim bunga dari bulan Jun hingga penhujung Julai”.

Tambah Maslina lagi, “Di antara bulan Oktober hingga Disember, Reffen hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Saya mampu menjual antara 150 dan 200 batang sehari”.

Facebook

Jika anda teringin untuk mengunjungi Satay Copenhagen, ini butiran yang perlu anda tahu:

Alamat: A, Refshalevej 167, 1432 København, Denmark

Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam setiap hari

Sumber: World of Buzz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber  : Erabaru

Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wanita ini menjual sate di Denmark dan hasil jualannya pernah mencecah 600 cucuk sate sehari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*