Sebelum Guna Telur, Uji Dulu Ia Tenggelam Atau Terapung. Chef Kongsi Ini Puncanya

Pernahkah anda membeli sepapan telur, tetapi terlupa untuk menggunakannya?

Pasti pengalaman ini pernah dialami, bukan? Bila tiba pula masa untuk digunakan, mulalah rasa was-was sama ada ia masih elok atau tidak.

Ketua cef di Hello Fresh, Claudia Sidoti berkongsi tip bagaimana untuk memastikan telur di dalam simpanan anda masih selamat untuk dimakan atau sudah tiba masanya untuk anda membuang telur berkenaan.

Kaedah menenggelamkan telur di dalam sebuah bekas yang mengandungi air merupakan cara termudah untuk mendapatkan jawapan.

Jika tenggelam, maksudnya telur masih elok, manakala jika terapung pula adalah sebaliknya.

Namun, apakah penjelasan sebenar di sebalik kaedah tersebut?

” Cara ini berkesan kerana kulit telur bersifat menyerap dan membenarkan udara masuk melaluinya.

” TELUR YANG SEGAR MEMILIKI UDARA YANG KURANG DI DALAMNYA, SEBAB ITULAH IA TENGGELAM. TELUR YANG LAMA PULA MUDAH TERAPUNG,” JELAS SIDOTI.

Jelas beliau, telur lama akan tenggelam secara condong dan tunggang terbalik.

Jika telur terapung, ia bermakna telur tersebut sudah terlalu lama dan anda harus segera membuangnya!

” Jika disimpan secara betul di dalam peti sejuk, telur akan kekal segar selama empat ke lima minggu.

” Di Amerika Syarikat (AS), telur harus disimpan di dalam peti sejuk kerana jika tidak, telur akan menjadi busuk dalam tempoh dua jam sekiranya dibiarkan pada suhu bilik,” kata Sidoti.

Jadi, selepas anda membeli telur, jangan tunggu lama-lama! Simpan terus di dalam peti sejuk atau beli sekadar yang ingin digunakan sahaja.

1) Perhatikan kulit telur

Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.

Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.

2) Goncang telur

Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya bila digoncang.

Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.

Telur putih yang sudah rosak berbunyi bila digoncang kerana tidak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya.

3) Periksa telur kuning

Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.

Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Leave a comment

Your email address will not be published.


*