Seorang Gadis Melafazkan Syahadah Sambil Disaksikan Ayahnya Yang Beragama Kristian

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar… Alhamdulilah. Semalam seorang gadis muda, Mariya Isabelle beragama Katolik telah mengucapkan dua kalimah shahadah setelah kuliah saya di Surau An-Nur, Country Heights Kajang.

Lebih mengembirakan saya adalah apabila ayahnya, Charlie turut hadir bagi menyaksikan detik bersejarah itu. Sebelum majlis pengIslaman bermula, saya meminta AJK surau untuk mempelawa ayahnya ke hadapan untuk duduk bersama menyaksikan pengIslaman anaknya agar beliau tidak merasa terpinggir dan kehilangan anak.

Islam mewajibkan anak-anak untuk menyayangi dan menghormati IbuBapa walaupun mereka Belum Muslim dalam perkara hang makruf. Setelah diberikan sedikit penerangan, saya juga memberikan ruang kepada ayahnya untuk bertanya soalan andai beliau mempunyai sebarang persoalan yang ingin ditanya.

Selepas Mariya mengucapkan dua kalimah shahadah, imam Surau membacakan doa dan saya terharu melihat Uncle Charlie turut menadah tangan berdoa bersama.

Kini Mariya Isabelle memilih nama Ruhaniyyah Mariya sebagai nama barunya walaupun Islam tidak mewajibkan menukar nama selagi membawa maksud yang baik.

Saya mendoakan di hadapan Uncle Charlie agar beliau juga akan mengikut jejak langkah puteri tunggalnya itu memeluk Islam dan jawapannya amat positif dengan angguk dan bagi sedikit masa untuk dia.

Doakan agar Mariya Istiqamah dalam Islam dan doakan agar Uncle Charlie serta ahli keluarga sahabat kita yang Belum Muslim dikurniakan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.

Semoga kita semua juga menjadi sebab hidayah dan kebaikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung (Official) via SepatuPutih

Be the first to comment on "Seorang Gadis Melafazkan Syahadah Sambil Disaksikan Ayahnya Yang Beragama Kristian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*